web stats

MUDARAT MEROKOK

Merokok adalah satu perbuatan yang boleh memudaratkan kepada diri perokok itu sendiri dan orang lain.  Adapun bahan dari rokok ini berasal dari tembakau.  Tembakau itu rasanya adalah pahit dan berbau busuk.  Sedangkan makanan dari kategori khaba'its (buruk) adalah bermaksud tidak baik, dan rasanya tidak enak menurut segi bahasanya. Jelas di sini bahawa rokok itu termasuk dalam kategori buruk dan buruk itu adalah tergolong dari benda yang haram.  Seperti firman Allah surah Al-A'raaf ayat 157 yang bermaksud; "Dan mengharamkan kepada mereka segalah benda yang buruk". 

Oleh itu, orang yang memilih untuk mengambil rokok adalah orang yang senghaja untuk merosakkan dirinya sendiri.  Sedangkan Agama sentiasa menggalakkan kita agar menjaga kesihatan jasmani dan rohani.  Firman Allah surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud "Dang janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan".