GALERI BAHASA DALAM

Bahasa dalam adalah merupakan bahasa yang digunakan oleh kerabat-kerabat di raja dan kenamaan.  Bahasa-bahasa biasa yang dijadikan Bahasa Dalam adalah seperit berikut:

  1. Bersiram - Bererti "mandi" perkataan yang digunakan untuk Keluarga Diraja dan Pengiran-Pengiran.  Misalnya: "Yang Teramat Mulia Paduka Seria Pengiran Anak Puteri akan bersiram sebelum memakai pakaian pegantin".
  2. Beradu - Bererti "tidur" perkataan yang digunakan untuk Keluarga Diraja dan Pengiran-Pengiran.  Misalnya> "YangTeramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Masih beradu berlumtah lagi Pehin dapat mengadap".
  3. Lindung - Bererti "meninggal dunia" perkataan yang digunakan untuk Sultan.  Misalnya: Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Tajuddin Lindungn di Singapura dan dimakamkan di Brunei.
  4. Berangkat - Bererti "bertolak" perkataan yang digunakan untuk Keluarga Diraja dan Pengiran-Pengiran.  Misalnya: "Yang Amat Mulia Pengiran Dipa Negara Laila Diraja akan berangkat ke London"