web stats

Panji-Panji Rasmi Negara Brunei Darussalam

Setiap negara mempunyai bendera masing-masing dengan identitinya yang tersendiri yang merupakan sembol kenegaraan dan kedaulatan pemerintah dan bangsa.   Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang mempunyai bendera kebangsaannya tersendiri dengan warna kuning, putih dan hitam dengan diletakkan ditengah-tengahnya panji-panji berwarna merah yang tertulis padanya perkataan Arab yang bermaksud "Sentiasa membuat kebajikan atau kebaikan dengan petunjuk Allah".

Lambang rasmi Negara Brunei Darussalam ini diperolehi dari lambang Diraja iaitu direkabentuk oleh Sultan Sharif Ali yang mewariskan "Pedang Si Bongkok" dan "Panji-Panji Brunei". Keaslian panji-panji ini masih dapat mempertahankan statusnya sebagai salah satu daripada lambang-lambang Diraja.  Lambang rasmi yang ada pada masa kini telah pun dicapkan di atas Bendera Rasmi Negara Brunei Darussalam selepas pengumuman Perlembagaan Brunei pada tahun 1959.

Lambang rasmi Negara Brunei Darussalam mengandungi:
Bendera
Payung Ubor-ubor
Sayap
Tangan (Kimhap)
Bulan

Bendera dan Payung Ubor-ubor telah menjadi alat kebesaran Kerajaan Negara Brunei Darussalam sejak terbentuknya lambang rasmi ini.

Sayap - Merupakan sayap kepada kempat-empat bulu dan ianya melambangkan perlindungan keamanan, ketenangan, kemajuan dan kemakmuran di dalam negeri.

Tangan atau Kimhap - Melambangkan jaminan kerajaan untuk memperbaiki kebajikan, keamanan dan kemakmuran negara.

Bulan - Merupakan simbol Islam, Ugama Rasmi Negara Brunei Darussalam.

Cogan kata di lambang tersebut adalah ditulis ‘sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah’.

Tulisan di bawah lambang berbunyi ‘Brunei Darussalam’ yang bermaksud ‘Brunei Rumah Keamanan’.