web stats

Brunei`s Landmark


Baju Tradisional Alam Melayu

Baju tradisional alam melayu boleh dikenali dalam dua bahagian iaitu baju cara melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Baju Cara Melayu melambangkan nilai luhur kebangsaan sesebuah negara dan seseorang di alam melayu dan adat pemakaiannya bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan akhlak seseorang dan melambangkan pakaian kebangsaan sesebuah negara. Baju Cara Melayu lelaki dilengkapi dengan mengenakan sepasang kain samping atau sinjang yang diperbuat daripada songket serta songkok dipakaikan di atas kepala sebagai topi bagi lelaki dan tudung bagi kaum wanita yang merupakan sebagai pakaian tradisional melambangkan identiti Islam.

Baju kurung adalah salah satu pakaian adat masyarakat Melayu di Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand selatan. Ciri khas baju kurung adalah longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran melayu oleh kaum perempuan samada ketika berkerja mahupun dalam adat keresmian yang tertentu.

Sekarang baju tradisional alam melayu boleh didapati dengan corak yang modern dan dipelbagaikan lagi dengan rekabentuk yang bersesuaian mengikut keadaan semasa dengan nilai harga yang berpatutan mengikut kemampuan.