web stats

Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Ke 66 Sultan Brunei

Seperti lazimnya Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan Brunei setiap tanggal 15hb. Julai. Sebelum menjelangnya hari kemuncak acara dimulakan terlebih dahulu dengan mengadakan majlis doa kesyukuran, sembahyang fardhu magrib dan isyak berjamaah, membaca yassin dan bertahlil serta doa khas sempena hari keputeraan Baginda Sultan Brunei.  Acara ini telah pun di adakan di masjid-masjid di Brunei setiap tanggal 14hb. Julai.  Pada tahun ini 1433H / 2012M acara mengambil tempat dengan tumpuan di masjid Jamie Asri Hassanal Bolkiah.  Acara ini diadakan bertujuan supaya mendapat berkat dari Allah agar Baginda Sultan dilanjutkan usia dengan kekal karal memerintah Negara Brunei Darussalam.

Click here for more graphics and gifs!