web stats

KAIN JONGSARAT TANUNAN BRUNEI

Brunei adalah salah sebuah Negara yang menghasilkan prodak kain tanunannya yang berkualiti tinggi. Kain Jongsarat  adalah merupakan salah satu pertukangan tangan atau tanunan Brunei yang dikenali sejak dahulu lagi. Kain Jongsarat atau dikenali sebagai songket merupakan sejenis kain tanunan yang biasanya ditenun dengan pelbagai jenis benang seperti benang emas, perak dan sebagainya. Songket ini mempunyai pelbagai corak yang direka bentuk. Songket direka bentuk dalam beberapa jenis seperti sinjang, baju pengantin, alas meja, kosyen, beg, dan sebagainya. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Kerja-kerja menenun songket memerlukan ketelitian, ketekunan dan kesabaran yang tinggi serta kreatif dan imaginatif. Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang kenamaan. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Harga sebidang kain songket Brunei ini boleh mencecah $BND300 ke $BND1000 ke atas tertakluk pada corak-corak yang tertentu.  Ianya boleh dimiliki oleh sesiapa saja yang memerlukannya.

KAIN JONGSARAT BRUNEI



Thank you for your attention