web stats

Brunei`s Landmark


Baju Tradisional Alam Melayu

Baju tradisional alam melayu boleh dikenali dalam dua bahagian iaitu baju cara melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Baju Cara Melayu melambangkan nilai luhur kebangsaan sesebuah negara dan seseorang di alam melayu dan adat pemakaiannya bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan akhlak seseorang dan melambangkan pakaian kebangsaan sesebuah negara. Baju Cara Melayu lelaki dilengkapi dengan mengenakan sepasang kain samping atau sinjang yang diperbuat daripada songket serta songkok dipakaikan di atas kepala sebagai topi bagi lelaki dan tudung bagi kaum wanita yang merupakan sebagai pakaian tradisional melambangkan identiti Islam.

Baju kurung adalah salah satu pakaian adat masyarakat Melayu di Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand selatan. Ciri khas baju kurung adalah longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran melayu oleh kaum perempuan samada ketika berkerja mahupun dalam adat keresmian yang tertentu.

Sekarang baju tradisional alam melayu boleh didapati dengan corak yang modern dan dipelbagaikan lagi dengan rekabentuk yang bersesuaian mengikut keadaan semasa dengan nilai harga yang berpatutan mengikut kemampuan. 

Celebrate Brunei's First National Family Day 2012

Menyedari akan pentingnya peranan institusi keluarga dalam menjamin kesejahteraan dan keharmonian Negara Brunei Darussalam maka Negeri akan menganjurkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2012 secara serentak di seluruh negera pada 6 Mei 2012.

Antara objektif Sambutan Hari Keluarga adalah untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti dan memupukkan kefahaman kepada masyarakat betapa pentingnya institusi keluarga dalam pembangunan masyarakat di negara ini.