BERKHATAN

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.  Berkhatan termasuk di antara amalan dan pelengkap fitrah yang telah disyariatkan dan dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya. Berkhatan itu wajib ke atas lelaki dan perempuan.  Adapun cara berkhatan yang wajib bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga kelihatan kepala zakar keseluruhannya.  Manakala cara berkhatan yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan.  Yang afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.  

Oleh yang demikian adalah digalakkan kepada Ibu bapa supaya mengkhatankan anak-anak mereka semasa kecil lagi kerana ianya boleh memberi manfaat, antaranya luka berkhatan lebih cepat sembuh dan bentuk zakar akan lebih sempurna.   Adalah sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh dari hari kelahirannya.  Jika tidak dapat berbuat demikian, sunat dikhatankan pada hari keempat puluh dan sunat juga dikhatankan ketika anak itu berumur tujuh tahun.   Dengan melaksanakan berkhatan, ianya merupakan salah satu syi'ar Islam dan sebagai tuntutan syara' yang berasakan kepada sunnah Nabi Ibrahim.


Thank you for your attention