BONUS KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA 2011

MEMBAYAR BONUS biasanya digunakan oleh banyak organisasi sebagai ucapan terima kasih kepada pekerja-pekerja atau pasukan yang mencapai matlamat besar. Membayar bonus juga digunakan untuk meningkatkan moral pekerja, motivasi, dan produktiviti. Pengumuman pemberian BONUS memang sesuatu yang di tunggu-tunggukan.  BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Disember terutamanya pada penghujung tahun, semua kakitangan kerajaan dan swasta biasanya menanti-nantikan bonus daripada majikan yang dijangka diterima pada 27 dan 28 Disember ini.  Dalam hal ini semua Bank dan pusat membeli-belah sudah setentunya dibanjiri oleh orang ramai yang akan menerima dan membelanjakan wang BONUS mereka.  Walau bagaimanapun, sebagai kakitangan kerajaan dan sewasta seharusnya dan patut merancang perbelanjaan mereka dengan cara berhemah.  Oleh itu,  Wang BONUS itu adalah satu ganjaran yang diberikan oleh pihak tertentu kepada pekerja-pekerjanya bahkan ianya adalah merupakan satu rezeki yang diberikan oleh Allah kepada Hambanya.  Justeru itu kita perlu berjimat mengikut kemampuan dan bajet dalam membelanjakan wang BONUS.  


Thank you for your attention