Kita manusia telah dijadikan hidup berpasang-pasangan antara lelaki dengan perempuan dan hubungan kehidupan berpasang-pasangan itu akan dikuatkan lagi melalui ikatan yang sah iaitu pernikahan atau perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia mempunyai banyak hikmah, antaranya untuk menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai. Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan.
Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Di negara kita telah menjadi adat masyarakat orang Brunei untuk mengadakan majlis bersanding iaitu kedua mempelai akan duduk di atas pelamin untuk dipertontonkan kepada jemputan yang hadir. Bersanding itu hanyalah adat dan bukan syariat tetapi jika hendak dibuat juga maka persandingan itu dan ajaran-ajarannya hendaklah tidak melanggar hukum syarak. Sebagaimana lazimnya, pihak keluarga pengantin akan menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis kenduri yang diadakan.

Mengadakan majlis perkahwinan itu adalah bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan terhadap pasangan yang mendirikan rumahtangga dan majlis kegembiraan ini diraikan bersama-sama kaum kerabat, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Namun kita hendaklah tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak semasa mengadakan majlis perkahwinan itu. Ini adalah kerana majlis yang diadakan adalah untuk mengharapkan keberkatan dan doa restu dari sanak saudara kita, maka adalah mustahak majlis tersebut tidak dicampuradukkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak.
MALIS PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI
Thank you for your attention