web stats

CARA MEMBUAT KAD JEMPUTAN (Lakukan sendiri)

Kad jemputan merupakan satu kad untuk menjemput para hadirin khusnya kaum keluarga, sahabat handai sanak saudara dan sebagainya untuk sama-sama menghadiri dalam satu majlis yang telah dirancang dan akan diadakan.  Pelbagai rekaan kad pada masa kini boleh didapati dimana-mana perusahan,  sebagai contoh kad majlis makan doa selamat, doa arwah, lebih-lebih lagi kad jemputan perkahwinan.  Kad jemputan perkahwinan misalnya merupakan utusan pertama yang akan bersama tetamu jemputan.  Ia melambangkan personaliti majlis yang bakal berlangsung.  Utusan raja sehari ini bakal membuatkan sahabat handai dan sanak saudara akan menanti dan tidak sabar-sabar untuk menghadiri majlis itu nanti.  Di sini  ada disediakan bagaimana membuat kad jemputan cara mudah untuk kegunaan sendiri lebih-lebih lagi bagi menjimatkan perbelanjaan anda.  Pertama sekali kita gunakan software Adobe Photoshop CS5 untuk mencorakan kad jemputan tersebut, apabila semuanya selesai kita boleh cetak sendiri dengan menggunakan percetakan berwarna di tempat sendiri.    Antara cara-caranya seperti berikut:

CARA-CARA MEREKA KAD JEMPUTAN ATAS DASAR LAKUKAN SENDIRI

Sediakan ruang dan pilih warna
Seterusnya Pilih satu nama bagi majlis yang akan diadakan dan letakkan dimana yang bersesuaian
Buat kata-kata yang bersesuaian bagi menjemput sesesorang seperti di atas
Pilih hari, masa, tarikh dan tempat yang bersesuaian kemudian letakan dimana ia bersesuaian seperti di atas
Buat wakil yang berharap pada kad tersebut, sebagai contoh di atas (contoh wakil berharap yang ringkas)
Pilih gambar bersesuaian untuk kad yang akan direka kemudian letakan dimana-mana yang bersesuaian seperti contoh di atas
Kemudian pilih gambar yang bersesuaian dan letakan dimana-mana bahagian yang sesuai
Akhirnya akan terhasil satu kad jemputan yang ringkas atas lakukan senidri,  kemudian cetak seterusnya sediakan sampul surat dan tulis nama-nama mereka yang akan dijemput.  selamat mencuba.


Thank you for your attention