web stats

Hari Kebangsaan Negara Brunei Ke-28


Selamat menyambut hari ulang tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28
pada 23 Febuari 2012

Permasyhuran Brunei Merdeka 1984

Brunei mengambil alih semula tanggungjawab antarabangsa sepenuhnya sebagai sebuah negara yang berdaulat pada 1 Januari 1984 dalam keadaan aman damai dan makmur. Peristiwa itu ditandai dengan pemasyhuran kemerdekaan pada tengah malam menjelang tarikh tersebut.  Brunei dalam permasyhuran kemerdekaannya pada 1 Januari 1984 telah disebut sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, berdaulat dan Demokratik.  Pemasyhuran itulah instrument penting disisi undang‐undang yang menandakan ‘peralihan kuasa’ dari United Kingdom of Great Britain kepada Negara Brunei Darussalam yang dinamakan ‘pengambilan‐alih semula tanggungjawab antarabangsa sepenuhnya’.  Pemasyhuran Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 diistiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan laungan  takbir sebanyak tiga kali oleh Al Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien disahut oleh rakyat Brunei Darussalam.

Berkebarnya Bendera Brunei

Setiap tanggal 23 Febuari merupakan tarikh bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam. Pada tarikh itulah Negara Brunei akan menyambut ulang tahun hari kebangsaan.  Setiap tahun menjelangnya hari kebangsaan seluruh rakyat Negara Brunei diarahkan untuk mengibarkan bendera negara sebagai tanda meraikan dan memperingkatkan serta memeriahkan sambutan hari kebangsaan yang sebagai tanda kemerdekaan dan ketaatan serta kesetiaan kita kepada raja dan negara. Sepertimana berfirman dalam Surah An Nisaa' ayat 59 tafsir-Nya :"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."

Sehubungan dengan itu satu upacara majlis menaikan bendera negara besar sempena hari kebangassan Negara Barunei Darussalam kali ke-28 bagi tahun 2012 telah pun diadakan pada Hari Ahad, 19 Rabiulawal 1433 / 12 Februari 2012 bertempat di Kawasan Lapang Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.  Ketika bendera negara dinaikan kita berdiri dengan tegak dan diiringi dengan lagu kebangsaan sebagai salah satu adab dan peraturan dalam masa menaikan bendera.   Oleh itu, sempena 23 Febuari ini sama-samalah kita mengibarkan bendera Negara Brunei negara tercinta.

Panji-Panji Rasmi Negara Brunei Darussalam

Setiap negara mempunyai bendera masing-masing dengan identitinya yang tersendiri yang merupakan sembol kenegaraan dan kedaulatan pemerintah dan bangsa.   Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang mempunyai bendera kebangsaannya tersendiri dengan warna kuning, putih dan hitam dengan diletakkan ditengah-tengahnya panji-panji berwarna merah yang tertulis padanya perkataan Arab yang bermaksud "Sentiasa membuat kebajikan atau kebaikan dengan petunjuk Allah".

Lambang rasmi Negara Brunei Darussalam ini diperolehi dari lambang Diraja iaitu direkabentuk oleh Sultan Sharif Ali yang mewariskan "Pedang Si Bongkok" dan "Panji-Panji Brunei". Keaslian panji-panji ini masih dapat mempertahankan statusnya sebagai salah satu daripada lambang-lambang Diraja.  Lambang rasmi yang ada pada masa kini telah pun dicapkan di atas Bendera Rasmi Negara Brunei Darussalam selepas pengumuman Perlembagaan Brunei pada tahun 1959.