web stats

PENGETAHUAN

PERCAYALAH BAHAWA KITA BOLEH

Prinsip ini sudah diamalkan dalam kehidupan.  sangat penting untuk dipercayai bahawa kita boleh dengan pertolongan Allah,  menghadapi dan mengatasi semua masalah.  Kata-kata percaya dan boleh dihubungkan dalam satu kesatuan tidak yang kreatif.  Jika percaya bahawa kita boleh, maka kita boleh.  

Seseorang lelaki yang sudah mengalami kegagalan demi kegagalan melihat suatu ayat yang menawan dalam sebuah buku.  "Harapkan yang terbaik dan dapatkan itu".  Ayat itu sangat berkesan dan kepada dirinya sendiri dia mengakui bahawa dia sudah memikirkan pemikiran-pemikiran yang mengalahkan.  Setiap hari dia mengharapkan yang terburuk dan biasanya dia dapat.  Dengan demikian dia mulai mencari-cari idea-idea "Praktis" yang akan menghapuskan imej kegagalannya.  "Saya akan mulai hidup setiap pagi dengan mengatakan, saya  senang pekerjaan ku, ini akan menjadi hari terbesar dalam hidupku".  "Saya mulai melihat bahawa jikalau saya tidak mempercayai pada diri saya sendiri, maka saya tidak dapat mengharapkan sesiapapaun pada saya" Demikianlah pengalaman R. Gene Scalf, yang menceritakan kisah hidupnya dalam GUIDEPOSTS.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Prinsip atau Dasar utama pengajaran dan pembelajaran Islam ialah menjauhkan diri dari syirik (menyekutukan Allah)  ini dapat kita faham daripada ajaran luqman kepada anaknya supaya jangan menyekutukan Alllah sepertimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 13

"Dan ingatlah tatkala luqman berkata kepada anaknya sedang dia menasihatinya: Hati anakku janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu.  sesusnggunya syirik itu satu kezaliman yang besar"

Larangan ini dikenakan kerana perbuatan syirik adalah induk segala maksiat dalam segala bentuk dan cabang.  Dalam ilmu pendidikan, gejala syirik bertindak sebagai penghalang atau penghambat kepada sebarang proses pengajaran dan pembelajaran yang akan berlaku.  Oleh kerana syirik bertentangan dengan tauhid, maka ia memutuskan manusia dari terus berhubung dengan Allah.  Secara terperinci prinsip atau dasar pengajaran dan pembelajaran Islam dapat dijelaskan di dalam al Quran surah al Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu, yang telah mencipta manusia dari segumpal darah.  Bacalah dan tuhanmulah yang paling pemurah yang mengajar (manusia dengan perantaran qalam). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya"

Dari maksud-maksud ayat al Quran ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa prinsip atau dasar pengajaran dan pembelajaran Islam adalah:
  1. Tauhid.
  2. Aqliah.
  3. Ilmiah.
  4. Akhlak.
  5. Kesihatan.
Islam memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta memperkembangkan segala potensi (fitrah) yang ada, selaras dengan ajaran dan syariat Islam.  Islam juga tidak membezakan atau memberi ebarang keutamaan kepada mana-mana pihak.  Ini adalah kerana Islam memandang manuisa adalah sama di sisi Allah, hanya yang membezakannya ialah keimanan atau mungkar.