web stats
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts

Pesta Buku Brunei 2013


Pesta Buku Brunei 2013 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29 Tahun 2013, telah diadakan bermula pada Khamis 28hb. Februari dan berakhir pada Ahad, 10hb. Mac 2013
Masa: 8.30 pagi - 10.00 malam (Sabtu - Khamis) ; 9.00 pagi - 11.30 pagi & 2.30 petang - 10.00 malam (Jumaat). Bertempat: Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas. Pesta Buku ini adalah merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Choosing the best web hosting some times could be difficulty if you don�t know what to look for. Read hosting reviews and if you may like we highly recommend using green hosting servers.

Baju Tradisional Alam Melayu

Baju tradisional alam melayu boleh dikenali dalam dua bahagian iaitu baju cara melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Baju Cara Melayu melambangkan nilai luhur kebangsaan sesebuah negara dan seseorang di alam melayu dan adat pemakaiannya bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan akhlak seseorang dan melambangkan pakaian kebangsaan sesebuah negara. Baju Cara Melayu lelaki dilengkapi dengan mengenakan sepasang kain samping atau sinjang yang diperbuat daripada songket serta songkok dipakaikan di atas kepala sebagai topi bagi lelaki dan tudung bagi kaum wanita yang merupakan sebagai pakaian tradisional melambangkan identiti Islam.

Baju kurung adalah salah satu pakaian adat masyarakat Melayu di Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand selatan. Ciri khas baju kurung adalah longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran melayu oleh kaum perempuan samada ketika berkerja mahupun dalam adat keresmian yang tertentu.

Sekarang baju tradisional alam melayu boleh didapati dengan corak yang modern dan dipelbagaikan lagi dengan rekabentuk yang bersesuaian mengikut keadaan semasa dengan nilai harga yang berpatutan mengikut kemampuan. 

Jellyfish in Japanese sea

Species of jellyfish that lights up as lights in the Japanese sea

PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI

Kita manusia telah dijadikan hidup berpasang-pasangan antara lelaki dengan perempuan dan hubungan kehidupan berpasang-pasangan itu akan dikuatkan lagi melalui ikatan yang sah iaitu pernikahan atau perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia mempunyai banyak hikmah, antaranya untuk menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.  Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan.

BERKHATAN

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.  Berkhatan termasuk di antara amalan dan pelengkap fitrah yang telah disyariatkan dan dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya. Berkhatan itu wajib ke atas lelaki dan perempuan.  Adapun cara berkhatan yang wajib bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga kelihatan kepala zakar keseluruhannya.  Manakala cara berkhatan yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan.  Yang afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.  

Oleh yang demikian adalah digalakkan kepada Ibu bapa supaya mengkhatankan anak-anak mereka semasa kecil lagi kerana ianya boleh memberi manfaat, antaranya luka berkhatan lebih cepat sembuh dan bentuk zakar akan lebih sempurna.   Adalah sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh dari hari kelahirannya.  Jika tidak dapat berbuat demikian, sunat dikhatankan pada hari keempat puluh dan sunat juga dikhatankan ketika anak itu berumur tujuh tahun.   Dengan melaksanakan berkhatan, ianya merupakan salah satu syi'ar Islam dan sebagai tuntutan syara' yang berasakan kepada sunnah Nabi Ibrahim.


Thank you for your attention

HARI JUMAAT MINGGU PERTAMA DI TAHUN 2012

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran daripada ALLAH pada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.  Hari Jumaat juga merupakan satu hari yang  istimewa untuk berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.  Oleh itu pada 6hb Januari ini merupakan hari jumaat dalam minggu pertama di tahun 2012.  Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat,  antaranya pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut ( Riwayat Hadis Muslim).  Oleh yang demikian hari Jumaat  tersebut adalah merupakan sebagai hari yang istimewa dan mulia serta penghulu segala hari.


Thank you for your attention

Wang palsu jadi belanja hangus

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan - Kegembiraan pihak keluarga perempuan menerima menantu baru bertukar menjadi satu peristiwa pahit apabila mendapati wang hantaran belanja hangus yang diterimanya adalah kepingan wang kertas cetakan warna sahaja. Wang $500 itu dicetak menggunakan mesin pencetak berwarna dan bahagian yang tercetak diletakkan di hadapan bingkai gambar itu untuk mengaburi mata orang ramai di majlis berkenaan.  Oleh itu berhati-hati dalam Wang hantaran belanja hangus agar tidak tertipu.

Thank you for your attention

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA 2011

MEMBAYAR BONUS biasanya digunakan oleh banyak organisasi sebagai ucapan terima kasih kepada pekerja-pekerja atau pasukan yang mencapai matlamat besar. Membayar bonus juga digunakan untuk meningkatkan moral pekerja, motivasi, dan produktiviti. Pengumuman pemberian BONUS memang sesuatu yang di tunggu-tunggukan.  BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Disember terutamanya pada penghujung tahun, semua kakitangan kerajaan dan swasta biasanya menanti-nantikan bonus daripada majikan yang dijangka diterima pada 27 dan 28 Disember ini.  Dalam hal ini semua Bank dan pusat membeli-belah sudah setentunya dibanjiri oleh orang ramai yang akan menerima dan membelanjakan wang BONUS mereka.  Walau bagaimanapun, sebagai kakitangan kerajaan dan sewasta seharusnya dan patut merancang perbelanjaan mereka dengan cara berhemah.  Oleh itu,  Wang BONUS itu adalah satu ganjaran yang diberikan oleh pihak tertentu kepada pekerja-pekerjanya bahkan ianya adalah merupakan satu rezeki yang diberikan oleh Allah kepada Hambanya.  Justeru itu kita perlu berjimat mengikut kemampuan dan bajet dalam membelanjakan wang BONUS.  


Thank you for your attention

KAIN JONGSARAT TANUNAN BRUNEI

Brunei adalah salah sebuah Negara yang menghasilkan prodak kain tanunannya yang berkualiti tinggi. Kain Jongsarat  adalah merupakan salah satu pertukangan tangan atau tanunan Brunei yang dikenali sejak dahulu lagi. Kain Jongsarat atau dikenali sebagai songket merupakan sejenis kain tanunan yang biasanya ditenun dengan pelbagai jenis benang seperti benang emas, perak dan sebagainya. Songket ini mempunyai pelbagai corak yang direka bentuk. Songket direka bentuk dalam beberapa jenis seperti sinjang, baju pengantin, alas meja, kosyen, beg, dan sebagainya. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Kerja-kerja menenun songket memerlukan ketelitian, ketekunan dan kesabaran yang tinggi serta kreatif dan imaginatif. Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang kenamaan. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Harga sebidang kain songket Brunei ini boleh mencecah $BND300 ke $BND1000 ke atas tertakluk pada corak-corak yang tertentu.  Ianya boleh dimiliki oleh sesiapa saja yang memerlukannya.

KAIN JONGSARAT BRUNEI



Thank you for your attention

THE MOST MAGNIFICENT RESORTS IN SOUTH EASTH ASIA

welcome to my blog library


The Empire Hotel and Country Club Brunei Bandar Seri Begawan is one of the most magnificent resorts in South East Asia; grand, spacious and very luxurious. A haven of regal opulence with 360 rooms plus 63 suites and palatial villas set in a 180 hectare estate, alongside a Jack Nicklaus-designed championship golf course with views over the South China Sea.



Thank you for your attention


Gerhana Bulan




Gerhana Bulan telah datang.  In menunjukkan kehibatan akan kekuasaan Allah.  Kejadian ini terjadi pada malam Ahad pada 10hb. Desember 2011. Bulan yang beredar dengan had kelajuannya kira-kira 1,800 kilometer sejam telah memasuki zon bayang luar bumi,  ini terjadi kira-kira jam 7:34 malam iaitu selepas masuk waktu isyak.  Dalam beberapa jam bulan mengalami gerhana, kejadian ini mengambil masa sekitar 40 ke 50 minit.  Bentuk gerhana yang berlaku tersebut nampak kelihatan seperti sebiji perbola yang besar berwarnakan kuning tembaga.  Ini terjadi disebabkan kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.


Thank you for your attention

New Islamic Year 1433 hijrah Celebration


Brunei Darussalam marked the New Islamic Year of 1433 Hijrah with the reading of the end of year and beginning of the year Doas at all mosques, suraus and religious halls throughout the country. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di Pertuan of Brunei Darussalam consented to attend the National level Celebration of the New Islamic Year 1433 Hijrah at the Jame 'Asr Hassanil Bolkiah in Kampong Kiarong.



Thank you for your attention

MAKSUD TERSIRAT PAKAIAN UNISSA

Sempena majlils al-Takharruj pertama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) 2011, UNISSA telah mencipta dan memberi maksud yang tersirat pada pakaian-pakaian yang digunakan pada majlis konvokesyen.  Pakaian konvokesyen ini mempunyai warna dan jalurnya tersendiri sepertimana yang dinyatakan dalam photo dibawah ini:



ERTI KEHIDUPAN


Adakah seorang insan yang mengerti..
apakah arti kehidupan ini…
pernah kucari arti cinta sejati
namun yang kutemui hanyalah mimpi..
suatu mimpi kosong yang tak bertepi
apakah salah hati ini
ingin memiliki sebuah cinta sejati..
apakah arti sebuah persahabatan sejati
apakah itu juga sebuah mimpi..?
jika benar,
apalah arti semua ini..
sudah banyak hari kujalani
tanpa suatu tujuan yang pasti…
semua seakan hanyalah ilusi..
ilusi yang tiada memiliki arti
namun akhirnya satu hal kusadarihanya
Tuhan yang sungguh mengerti,
tentang semua arti kehidupan ini..
kekosongan hati ini
tidak lagi diisi dengan benci..
tak ada yang lebih murni
dari kesucian cinta Ilahi
_finka


Thank you for your attention

INDAHNYA KEMATIAN

Panggilan...Biarkan aku terbaring dalam lelapku, kerana jiwa ini telah dirasuki cinta, dan biarkan daku istirahat, kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam dan siang. Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dupa nan mewangi di sekeliling ranjang ini, dan taburi tubuh ini dengan wangian melati serta mawar.  Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa dan olesi kaki-kaki ini dengan wangian, dan bacalah isyarat kematian yang telah tertulis jelas di dahi ini.  Biarku istirahat di ranjang ini, kerana kedua bola mata ini telah teramat lelahnya; Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran dan menyejukkan jiwaku; Terbangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan tabir lara hatiku.  Nyanyikanlah masa-masa lalu seperti engkau memandang fajar harapan dalam mataku, kerana makna ghaibnya begitu lembut bagai ranjang kapas tempat hatiku berbaring.  Hapuslah air matamu, saudaraku, dan tegakkanlah kepalamu seperti bunga-bunga menyemai jari jemarinya menyambut mahkota fajar pagi.  Lihatlah Kematian berdiri bagai kolom-kolom cahaya antara ranjangku dengan jarak infiniti; Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran kepak sayap-sayapnya.  Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal buatku.  Ciumlah mataku dengan seulas senyummu.  Biarkan anak-anak merentang tangan-tangan mungilnya buatku dengan kelembutan jemari merah jambu mereka; Biarkanlah Masa meletakkan tangan lembutnya di dahiku dan memberkatiku; Biarkanlah perawan perawan mendekati dan melihat bayangan Tuhan dalam mataku, dan mendengar Gema Iradat-Nya berlarian dengan nafasku....

:+: Khalil Gibran :+:


Thank you for your attention

TENTANG SOLAT

Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9 Allah menjelaskan,

"Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman.(Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka.  Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka."
 


Thank you for your attention

4 KEPENTINGAN MENGAPA PERLU MINUM SUS

Ada sesetengah individu mengambil susu dalam diet harian kerana tidak suka atau alahan.Anda mungkin menolaknya tetapi anda juga perlu tahu tentang kepentingan minum susu kepada tubuh.Susu penting kerana :

•    Sumber protein paling baik
Seperti kekacang dan lain-lain makanan,susu sangat tinggi nilai proteinnya.Protein amat diperlukan oleh tubuh terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar.Selain pembekal kalsium bagi pembentukan gigi,ia juga bertindak menjaga kesihatan tulang anda.

•    Membantu mengurangi risiko kanser
Kajian membuktikan bahawa bahan kandungan yang terdapat di dalam susu iaitu ‘isoflavin’ memang berupaya memgurangkan risiko terkena kanser.

•    Membantu mencegah gangguan jantung
Kajian juga membuktikan bahawa negara hasil tenusu dikatakan paling kurang menghidap masalah jantung mahupun gangguan pada pembuluh darah.Susu berperanan merendahkan kadar koleterol dalam badan,menurunkan tekanan darah serta mencegah pembentukan pula pada pembuluh darah.

•    Mengurangkan kesan menopaus
Menopaus pasti akan berlaku.Ramai wanita mengalami kesan keatasnya,baik dari segi mental mahupun fizikal.Kandungan isoflavin berperanan seperti estrogen dalam badan.Kerana itu susu dikatakan dapat mengurangkan alahan yang terjadi akibat penurunan kadar estrogen secara drastic ini.


Thank you for your attention