web stats
Showing posts with label Sudut An-Nur. Show all posts
Showing posts with label Sudut An-Nur. Show all posts

Malam Lailatul Qadar


Malam lailatul qadar adalah malam seribu bulan yang sungguh istimewa.  Malam ini hanya dapat menyelama sekali dalam setahun yang Allah sediakan untuk umatNya yang menghidupkan malam tersebut.  Ianya hanya berada dalam sepuluh terakhir di bulan Ramadahan iaitu dalam bilangan ganjil hari 21, 23, 25, 27, dan 29. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman berkata "Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak terlalu panas, dan juga tidak terlalu sejuk, pada pagi hari matahari bersinar tidak terlalu cerah dan terlihat kemerah-merahan.  Oleh itu marilah kita mengidupkan malam ini dengan mendirikan solat sunat hajjat, sunat tahajjud, membaca al Quran, dan berzikir.

TEMPAT-TEMPAT BAGI IBLIS


Anas bin Malik r.a. berkata:
"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Selamat Menyambut Nuzul al-Quran

Buat Umat Islam di ucapkan selamat menyambut nuzul al-Quran, yang jatuhnya pada 17hb Ramadhan.  Pada tanggal inilah umat Islam melaksanakan puasa Ramadhan buat pertama kalinya dalam tahun ke 2 Hijrah.

Ramadan Di Hari Pertama

Selamat berpuasa kepada seluruh Umat Islam yang menyambut bulan yang suci lagi bulan yang mulia.  Pada bulan ini Umat Islam akan menahan diri dari makan dan minum selama 30 hari sebelum menyambut hari kemanangan bagi mereka yang meraeikannya yang dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri.


Ramadan Mubarak

Selamat menyambut bulan yang mulia bulan ramadan
1433H / 2012M
1 Ramadan 1433H / 21 Julai 2012M
merupakan bulan untuk seluruh umat Islam menehan diri dari makan dan minum di siang hari.  Dan dibulan inilah amalan akan berlipat kali ganda pahalanya bagi mereka yang mengamalkannya dengan sebaik-baiknya. Di kesempatan ini saya terlebih dahulu mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG MERAEIKANNYA

Pemberian, Sedakah dan Hadiah

Pemberian dikenali sebagai Hibah dalam bahasa Arabnya,  ianya bermaksud memberi sesuatu dengan percuma secara sukarela hati bagi menjadikan ianya milik orang lain.  Dalam hal ini sesuatu yang diberikan itu tidaklah berkehendakan bayaran atau balasan daripada orang yang menerima.  Perlu juga diingat bahawa sesuatu yang diberikan itu mestilah benda yang suci, ada manafaatnya, barang yang diberikan itu dapat diserahkan kepada penerimanya serta ada dalam milik dan kekuasaan pemberi .  Oleh itu, dari segi pandangan dan kaca mata Islam kedudukan pemberian adalah SUNNAT hukumnya.  Ianya mengandungi berbagai tujuan antaranya:

Perbuatan Qaza'


Amalan bercukur itu adalah sunat, akan tetapi terdapat bentuk-bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah iaitu Qaza`.  Qaza` ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain.  Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tapi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mendukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.   Semua ini di sebutkan sebagai qaza`.

MASA ADALAH ANUGERAH TUHAN

Masa adalah merupakan saat yang berharga.  Pepatah mengatakan masa itu emas.  Bahkan ianya sangant berharga dari emas,  oleh itu emas dapat dijual beli manakala emas yang hilang boleh ditukar ganti.  Walau bagaimanapun, masa yang telah berlalu tidak akan dapat berulang dan kembali lagi.  Masa dapat dibahagikan kepada tiga zaman.  Zaman yang sudah berlalu, zaman sekarang dan zaman akan datang.   Zaman yang sudah berlalu tidak akan dapat kembali dan ianya bukanlah menjadi milik kita.  Zaman akan datang pula merupakan masa yang belum lagi ada kepastian sama ada kita berpeluang menikmatinya atau sebaliknya.  

Masa yang ada sekarang ini yang kita milik ini perlu digunakan dengan sebaik-sebaiknya.  Peggunaan masa hari ini, akan menentukan corak masa depan kita.   Oleh itu, Allah telah berfirman dengan masa  yang berterjemahan: "Demi masa,  sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan mereka yang berimana dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (As-Asyr).

MEMAKAI MINYAK WANGI DAN HUKUMNYA

Minyak wangi adalah campuran bahan-bahan hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan.  Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati.  Baunya mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yang berterusan.  Oleh itu kita digalakkan memaki minyak wangi bagi mengelakan bebarapa sebab tertentu atau beberapa faktor seperti mengelakan bau yang tidak menyenangkan, untuk menyegarkan badan dan sebagainya dengan tujuan tertentu. 

Adab terhadap Ayah dan Ibu

Ayah dan Ibu adalah merupakan dua insan yang melahirkan kita didunia, tanpa mereka siapalah kita.  Sebelum kita ada di bumi kita dikandung oleh ibu selama 9 bulan.  Betapa beratnya rasa tanggungan ibu terhadap kandungan yang bakal dilahirkan.  Tanggungan ini mungkin tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.   Oleh itu,  Allah menjadikan hak bagi kedua orang tua untuk diberikan bakti, kelembutan, penjagaan dan kasih sayang ini kerana hak orang tua mengandungi kemuliaan dan pengagungan.  Bahkan di dalam kitabNya ada termaktub mendorong untuk berbakti kepada orang tua, serta menjanjikan banyak kebaikan bagi seorang yang berbakti dan mengancam dengan balasan yang akan menimpa orang yang mendurhaka terhadap ayah dan ibu mereka.   Antaranya dalam An-Nisa:36 bermaksud "Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kalian lmenyekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua".  Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu mentaati orang tua kita.