web stats

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Brunei

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-32 tahun Negara Brunei Darussalam pada 23Hb. Februari dengan tema ‘Generasi Berwawasan’

Sempena sambutan ini, upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 7 Februari 2016 di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan dan Upacara Menurunkan Bendera Besar pula akan diadakan pada 27 Februari 2016. Sementara itu, Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin serta Membaca Doa Kesyukuran akan diadakan pada 22 Februari 2016 di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Oleh itu, Hari Kemerdekaan merupakan perayaan yang memperingati hari ulang tahun kemerdekaan sesebuah negara. Kebiasaanya selepas bebas daripada penjajahan atau berpisah dari negara lain. Di kebanyakan negara, hari kemerdekaan juga disebut sebagai Hari Kebangsaan.

Berikut merupakan senarai hari kemerdekaan sebahagian negara-negara :

NEGARATARIKHPERISTIWA PENTING
Afghanistan19 OgosKemerdekaan dari kawalan United Kingdom pada 1919.
Brunei1JanuariKemerdekaan dari United Kingdom pada 1984.
Filipina12 JunPengisytiharan Kemerdekaan Filipina dari Sepanyol pada 1898.
Indonesia17 OgosPengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia dari Belanda. Merdeka dari Jepun pada 1945.
Malaya31 OgosPengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dari United Kingdom pada 1957.
 North Borneo31 OgosPengisytiharan Kemerdekaan North Borneo (Sabah) dari United Kingdom pada 1963.
Sarawak22 JulaiPengisytiharan Kemerdekaan Sarawak dari United Kingdom pada 1963.
Singapura9 OgosPemisahan Singapura daripada Malaysia menandakan perpisahan dengan Malaysia pada 1965.