web stats

PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI

Kita manusia telah dijadikan hidup berpasang-pasangan antara lelaki dengan perempuan dan hubungan kehidupan berpasang-pasangan itu akan dikuatkan lagi melalui ikatan yang sah iaitu pernikahan atau perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia mempunyai banyak hikmah, antaranya untuk menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.  Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan.