Malam lailatul qadar adalah malam seribu bulan yang sungguh istimewa. Malam ini hanya dapat menyelama sekali dalam setahun yang Allah sediakan untuk umatNya yang menghidupkan malam tersebut. Ianya hanya berada dalam sepuluh terakhir di bulan Ramadahan iaitu dalam bilangan ganjil hari 21, 23, 25, 27, dan 29. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman berkata "Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak terlalu panas, dan juga tidak terlalu sejuk, pada pagi hari matahari bersinar tidak terlalu cerah dan terlihat kemerah-merahan. Oleh itu marilah kita mengidupkan malam ini dengan mendirikan solat sunat hajjat, sunat tahajjud, membaca al Quran, dan berzikir.