I believe in my self and i can do it. This blog contains all in one, it means whatever is loaded into this blog.
Perbuatan Qaza'
Amalan bercukur itu adalah sunat, akan tetapi terdapat bentuk-bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah iaitu Qaza`. Qaza` ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tapi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mendukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Semua ini di sebutkan sebagai qaza`.
Labels:
Sudut An-Nur
MASA ADALAH ANUGERAH TUHAN
Masa adalah merupakan saat yang berharga. Pepatah mengatakan masa itu emas. Bahkan ianya sangant berharga dari emas, oleh itu emas dapat dijual beli manakala emas yang hilang boleh ditukar ganti. Walau bagaimanapun, masa yang telah berlalu tidak akan dapat berulang dan kembali lagi. Masa dapat dibahagikan kepada tiga zaman. Zaman yang sudah berlalu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Zaman yang sudah berlalu tidak akan dapat kembali dan ianya bukanlah menjadi milik kita. Zaman akan datang pula merupakan masa yang belum lagi ada kepastian sama ada kita berpeluang menikmatinya atau sebaliknya.
Masa yang ada sekarang ini yang kita milik ini perlu digunakan dengan sebaik-sebaiknya. Peggunaan masa hari ini, akan menentukan corak masa depan kita. Oleh itu, Allah telah berfirman dengan masa yang berterjemahan: "Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan mereka yang berimana dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (As-Asyr).
Labels:
Sudut An-Nur
Subscribe to:
Posts (Atom)