web stats

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA 2011

MEMBAYAR BONUS biasanya digunakan oleh banyak organisasi sebagai ucapan terima kasih kepada pekerja-pekerja atau pasukan yang mencapai matlamat besar. Membayar bonus juga digunakan untuk meningkatkan moral pekerja, motivasi, dan produktiviti. Pengumuman pemberian BONUS memang sesuatu yang di tunggu-tunggukan.  BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Disember terutamanya pada penghujung tahun, semua kakitangan kerajaan dan swasta biasanya menanti-nantikan bonus daripada majikan yang dijangka diterima pada 27 dan 28 Disember ini.  Dalam hal ini semua Bank dan pusat membeli-belah sudah setentunya dibanjiri oleh orang ramai yang akan menerima dan membelanjakan wang BONUS mereka.  Walau bagaimanapun, sebagai kakitangan kerajaan dan sewasta seharusnya dan patut merancang perbelanjaan mereka dengan cara berhemah.  Oleh itu,  Wang BONUS itu adalah satu ganjaran yang diberikan oleh pihak tertentu kepada pekerja-pekerjanya bahkan ianya adalah merupakan satu rezeki yang diberikan oleh Allah kepada Hambanya.  Justeru itu kita perlu berjimat mengikut kemampuan dan bajet dalam membelanjakan wang BONUS.  


Thank you for your attention

KAIN JONGSARAT TANUNAN BRUNEI

Brunei adalah salah sebuah Negara yang menghasilkan prodak kain tanunannya yang berkualiti tinggi. Kain Jongsarat  adalah merupakan salah satu pertukangan tangan atau tanunan Brunei yang dikenali sejak dahulu lagi. Kain Jongsarat atau dikenali sebagai songket merupakan sejenis kain tanunan yang biasanya ditenun dengan pelbagai jenis benang seperti benang emas, perak dan sebagainya. Songket ini mempunyai pelbagai corak yang direka bentuk. Songket direka bentuk dalam beberapa jenis seperti sinjang, baju pengantin, alas meja, kosyen, beg, dan sebagainya. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Kerja-kerja menenun songket memerlukan ketelitian, ketekunan dan kesabaran yang tinggi serta kreatif dan imaginatif. Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang kenamaan. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Harga sebidang kain songket Brunei ini boleh mencecah $BND300 ke $BND1000 ke atas tertakluk pada corak-corak yang tertentu.  Ianya boleh dimiliki oleh sesiapa saja yang memerlukannya.

KAIN JONGSARAT BRUNEI



Thank you for your attention

THE MOST MAGNIFICENT RESORTS IN SOUTH EASTH ASIA

welcome to my blog library


The Empire Hotel and Country Club Brunei Bandar Seri Begawan is one of the most magnificent resorts in South East Asia; grand, spacious and very luxurious. A haven of regal opulence with 360 rooms plus 63 suites and palatial villas set in a 180 hectare estate, alongside a Jack Nicklaus-designed championship golf course with views over the South China Sea.



Thank you for your attention


JUALAN BESAR-BESARAN

Perkataan JUALAN itu senonim dengan perkataan JUAL BELI. Adapun maksud jual beli itu dari bahasa: Pertukaran sesuatau dengan sesuatu.  Pada Istilah: merupakan menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu. Oleh itu melakukan jualan itu adalah harus sepertimana  dalam Surah al-Baqarah ayat 275 maksudnya "Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Sehubungan dengan itu, satu jualan besar-besaran  yang akan diadakan pada 19hb. Desember 2011 hingga awal bulan Febuari 2012 yang dikenali sebagai BRUNEI Salebration. BRUNEI Salebration atau Jualan Besar-Besaran tiba di Negara Brunei Darussalam yang akan mengadakan potongan harga antara 30% ke 70%. Di musim jualan murah ini hampir semua kedai dan gedung membeli-belah menjual pelbagai barangan dan keperluan dengan potongan harga yang murah yang pastinya membuatkan sesiapa saja rambang mata. Apapun para pengguna diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan atau boros ketika berbelanja, yang penting dalam kita berbelanja biarlah ianya sederhana dan elakkan sama sekali sifat membazir dan berlebih-lebihan.

Nazmi Shopping Mall
Sebagai pengguna tidak salahnya untuk berbelanja, tetapi biarlah berpadapada. Berbelanja hendaklah sekadar ikut kemampuan. Sebaik-baiknya biarlah berbelanja secara sederhana sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Furqaan ayat 67 yang tafsirnya: "Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana." Ayat ini mengingatkan kita supaya tidak boros dalam berbelanja kerana sifat boros atau berlebih-lebihan adalah bertentangan dengan prinsip kesederhanaan yang menjadi sifat utama hamba Allah yang dituntut dalam Islam.  Islam melarang umatnya hidup membazir dalam semua urusan sama ada urusan berkaitan dengan perbelanjaan harta, pengurusan masa mahupun penggunaan tenaga. Larangan mengenai pembaziran telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Al Israa' ayat 26-27, tafsirnya:  "Dan berikan kepada keluarga - keluargamu yang dekat, orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing. Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."  Ayat ini mengingatkan kita supaya elakkan diri menjadi seorang pembazir kerana sifat pemboros dan pembazir sama sekali tidak disukai Allah sehingga menganggap mereka yang boros dan membazir itu sebagai saudara syaitan. Sebaiknya rancanglah terlebih dahulu barang yang awda ingin beli supaya tidak membazir wang. Oleh itu berbelanjalah dalam perkara yang halal dan sentiasa bersyukur agar setiap perbelanjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan disamping kita bijak menguruskan perbelanjaan seharian yang diperlukan.

Antara Pusat Membeli Belah

Gadong Shopping Mall

 
 Yayasan Shopping Mall


Thank you for your attention

KATA-KATA HIKMAH


Senyum adalah perhiasan dunia dan bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan.  Keceriaan membawa maksud bagi umat manusia.  Senyum merupakan perhiasan batin yang dapat membangkit dan sebagai alat bantu untuk mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.  Perkataan senyum banyak digunakan sebagai ungkapan, ada melambangkan sebagai ungkapan cinta, perhatian, sedekah dan sebagainya.   Oleh itu, dengan bersenyaum akan mendapat ganjaran dan tujuannya untuk memuliakan diri dan mengembirakan hati.


Sebagai Renungan Bersama



Thank you for your attention

GREETING FOR YOU






Thank you for your attention

MUHA'SABAHKAN DIRI DENGAN DOA

Welcome to my  blog library

BISMILLAH HIRAHMAN  NIRAHIM

Doa adalah permohonan kita kepada yang maha Esa.  Kita tidak terlepas daripada meminta permohonan kepadaNya walaupun dimana saja berada.   Oleh itu janganlah kita kurang berdoa kepadaNya.  Berikut adalah contoh-contoh doa yang boleh diamalkan:

Sabar merupakan perasaan menahan diri dari marah terhadap sesuatu yang tidak disukai.  Termasuklah dalam  hal sabar itu dengan tidak terburu-buru, bersifat tenang, tidak putus asa dan tidak lekas marah.   Oleh itu, bagi yang bersabar akan mendapat ganjaran daripada Maha Esa.  



Thank you for your attention

MINUMAN JUS LOBAK ICE CREAM VENILLA

Welcome to my  blog library

Click to play this Smilebox recipe
Lakukan sendiri dalam resipi minuman jus lobak lagi mudah dan ringkas


Thank you for your attention

MINUMAN KOKTAIL ICE CREAM

Welcome to my  blog library

Lakukan sendiri dalam resipi koktel icre cream lagi mudah dan ringkas


Thank you for your attention

MINUMAN JUS LEMON

Welcome to my blog library

Click to play this Smilebox recipe
Lakukan sendiri dalam resipi minium jus lemon lagi mudah dan ringkas



Thank you for your attention

Gerhana Bulan




Gerhana Bulan telah datang.  In menunjukkan kehibatan akan kekuasaan Allah.  Kejadian ini terjadi pada malam Ahad pada 10hb. Desember 2011. Bulan yang beredar dengan had kelajuannya kira-kira 1,800 kilometer sejam telah memasuki zon bayang luar bumi,  ini terjadi kira-kira jam 7:34 malam iaitu selepas masuk waktu isyak.  Dalam beberapa jam bulan mengalami gerhana, kejadian ini mengambil masa sekitar 40 ke 50 minit.  Bentuk gerhana yang berlaku tersebut nampak kelihatan seperti sebiji perbola yang besar berwarnakan kuning tembaga.  Ini terjadi disebabkan kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.


Thank you for your attention

New Islamic Year 1433 hijrah Celebration


Brunei Darussalam marked the New Islamic Year of 1433 Hijrah with the reading of the end of year and beginning of the year Doas at all mosques, suraus and religious halls throughout the country. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di Pertuan of Brunei Darussalam consented to attend the National level Celebration of the New Islamic Year 1433 Hijrah at the Jame 'Asr Hassanil Bolkiah in Kampong Kiarong.



Thank you for your attention

TITAH SULTAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UBD KE 23

TTitah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah  Mu'izzaddin Waddaulah  ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,  Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah di Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Brunei Darussalam  Bagi Tahun 1432 Hijrah/2011 Masihi pada hari Khamis, 1 Zulkaedah 1432 Hijrah bersamaan 29 September 2011 Masihi  di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah Rabbil’alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen,  Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een,   Waba’du.

TITAH SULTAN DAN MAJLIS SEMPENA FIRST UNISSA CONVOCATION.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Haflut Takharruj Pertama 2011, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada hari Khamis, 7 Zulhijjah 1432 / 3  November 2011  bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

TITAH SULTAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA KUPUSB

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji  Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam  Majlis Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada hari Selasa 20  Zulkaedah 1432 Hijrah/19 Oktober 2011 Masihi bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil’alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen,  Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

MAKSUD TERSIRAT PAKAIAN UNISSA

Sempena majlils al-Takharruj pertama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) 2011, UNISSA telah mencipta dan memberi maksud yang tersirat pada pakaian-pakaian yang digunakan pada majlis konvokesyen.  Pakaian konvokesyen ini mempunyai warna dan jalurnya tersendiri sepertimana yang dinyatakan dalam photo dibawah ini:



HAFI AL-TAKHARRUJ PERTAMA UNISSA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah  selaku Canselor Universitsi Islam Sultan Sharif Ali telah di anugrahkan Ijazah Kehormat Doktor syari'ah dan Undang-Undang pada 3hb November 2011 sempena Hafi Al-Takharruj Pertama UNISSA.


MAJLIS KHATAM DAN KONVOKESYEN UBD KE 23

Majlis konvokesyen yang telah diadakan pada hari khamis 22hb September 2011, graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran sebagai mejlis tamat pengajian di institusi tersebut.  Seramai 573 graduan yang terdiri daripada 396 wanita dan 177 lelaki, telah menyertai dalam perhimpunan majlis tersebut.

Tetamu kehormat, Timbalan Menteri Pelajaran Dato Seri Setia Hj Yusoff Hj Ismail yang datang dengan suami atau isterinya, membawa Khatam Al-Quran dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Dhuha yang berakhir dengan Surah Al-MasadSelepas itu, tetamu kehormat mersembahan sijil dan cendrahati penghargaan kepada peserta.  Turut hadir pada majlis tersebut Naib canselor, Dato Paduka Dr Hj Zulkarnain Hj Hanafi, untuk menyerahkan bunga telur kepada para graduan yang khatam. Acara ini berlaku di masjid UBD dengan kehadiran ibu bapa graduan.  Manakala  bagi majlis  konvokesyen telah diadakan pada 29hb September 2011 yang merupakan sebagai majlis kemuncak bagi para garaduan yang telah tamat kurus dalam bidang masing-masing.

HIMPUNAN DOA

Doa adalah senjata bagi umat islam.  Memohon atau berdoa kepada Allah SWT itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak.   Kita sebagai hamba kepadaNya digalakan untuk berdoa agar segalah apa yang dihajatkan atau dikehendaki oleh umatNya akan dapat diperkenankan oleh Allah.   Berdoa tidak semestinya dengan menggunakan bahasa Al-Quran bahkan kita diharuskan berdoa dengan bahasa yang boleh difaham walaupun dengan apa jua bahasa yang digunakan asalkan doa itu tidak bertentangan.  Berikut adalah doa-doa  yang tertentu:


Doa kebaikan akhlak

His Majesty launches writing of Unissa mushaf, first convocation fest



His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Chancellor of Sultan Sharif Ali Islamic University (Unissa), writing the first verse of Surah Al-Fatihah in Jawi Khat for the university's first mushaf project. Looking on are Unissa Rector Dr Hj Sarbini Matahir (L) and Minister of Education Pehin Dato Dr Hj Abu Bakar Hj Apong. Held at the International Convention Centre (ICC) Brunei on 24th October 2011.



Thank you for your attention

His Majesty launches new Al-Falaah School building




His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to launch the new Al-Falaah School building, which is a personal gift or Kurnia from His Majesty. It's held on thursday 20 of October 2011 at No 9 Spg 291 Jalan Muara, Bandar Seri Begawan, BC3515, BRUNEI DARUSSALAM


Thank you for your attention

His Majesty at KUPU SB's first convocation



His Majesty Sultan Hj Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (L), the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, receives the Honorary Doctor of Letters (Islamic Education) from the Minister of Religious Affairs, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Pg Hj Abd Rahman (R), during the first convocation of Seri Begawan Religious Teachers University College (Kupu SB), held on tuesday 18th October 2011 at the International Convention Centre, Berakas.



Thank you for your attention

THE 23RD UBD CONVOCATION


His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam (L) and Chancellor of UBD, UBD Pro-Chancellor HRH Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office (2nd L) and HRH Princess Sarah (R) during the 23rd UBD Convocation.


HRH Princess Sarah (2nd L) and Pengiran Seti Aminah (3rd L) pose with the other graduates after the 23rd Universiti Brunei Darussalam convocation 2011 held at the UBD Chancellor Hall.

Brunei students for Malay Youth Development Summit



Three Sekolah Menengah Sayidinna Othman students have been selected to attend the Malay Youth Development Summit at the Malay College Kuala Kangsar in Perak, Malaysia.  One of them was my nephew Syairah (second from left). They were there for 9 days beginning on the June 19 to 27.



Thank you for your attention

I love you, please say You love me too


I must be crazy now
Maybe I dream too much
But when I think of you
I long to feel your touch

MUTIARA KATA BERGAMBAR [Photoshop editing]

Kata Hikhmah: Manusia menilai dari perbuatan tetapi Allah menilai dari diri seseorang hambaNya

PHOTO EDITING

Atas tunjuk ajar daripada pensyarah Khalid Othman, saya dapat menghasilkan beberapa photo yang diedit dengan menggunakan photoshop.  Adobe photoshop dikenali juga sebagai Photoshop.   Photoshop merupakan penyunting grafik yang dapat diedit.  Photoshop ini diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhakan untuk mengambakan corak gambar.  Perisian  ini digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar.  Dalam pengolahan gambar, penggunaan brush photoshop sangat diperlukan, terutama dalam hal pembuatan ilustrasi suatu gambar ataupun sapuan gambar dengan beraneka ragam bentuk atau corak yang dikehendaki mengikut apa yang diinginkan.


Cara menggunakan brush Photoshop:

  • Bagi menggunakan brush photoshop perlulah mengklik ikon brush yang terletak pada brush tool pada tool box sebelah kanan dalam mana-mana software Photoshop seperti didalam gambar ini:
                                                                             Brush tool pada Tool Box

GELAGAT DIPAGI HARI

Diwaktu pagi kira-kira jam 7, badan ku masih terlantar di atas sebuah katil dengan beralaskan sekeping tilam dengan cadar berwarna biru.  Ku cuba memalingkan dadaku kebelakang untuk menuju kesebuah meja yang diperbuat daripada kayu.  Disebelah meja itu terletaknya sebiji lap top yang berjenama  accer.  Ketika badan ku berada dihadapan meja, ku tiba-tiba terdengar satu suara yang mengkejutkan datangnya dari belakang sebiji bantal  tempat saya melalapkan mata untuk beberapa jam.  Namun seketika itu tangan ku cuba meremas-remas perlahan-perlahan demi perlahan menuju kebadannya akhirnya bunyi yang tak menyanangkan diwaktu itu datangnya dari sebiji handphone yang berjenama i phone.  Aku cuba mencucuk-cucuk dan memain-main putingnya itu wahhhhhhhhhhhhh sungguh asyik sekali..... apabila mendapat message daripada sahabatku mengatakan rancangan hari itu dibatalkan, aku sungguh gembira sekali.  Dengan kegembiran itu diri ini terus terjaga dari  alam mimpi yang tidak diduga terjadi hahahahahah..........!


Thank you for your attention

WATER TAXI AT KAMPUNG AYER BRUNEI

Water Taxi on his way to Kampung Ayer, Brunei River, Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam




Gambar ini dirakam sewaktu pulang dari mengadakan lawatan ke kampung menunggun, Brunei dengan menyertai "kelab berdudun" pada 12hb. Mac yang lalu.


Thank you for your attention

GALERI KAD HARI RAYA 2010

Galeri ini mengandungi himpunan koleki kad-kad hari raya elektronik dari rakan-rakan fb.



Thank you for your attention

ERTI KEHIDUPAN


Adakah seorang insan yang mengerti..
apakah arti kehidupan ini…
pernah kucari arti cinta sejati
namun yang kutemui hanyalah mimpi..
suatu mimpi kosong yang tak bertepi
apakah salah hati ini
ingin memiliki sebuah cinta sejati..
apakah arti sebuah persahabatan sejati
apakah itu juga sebuah mimpi..?
jika benar,
apalah arti semua ini..
sudah banyak hari kujalani
tanpa suatu tujuan yang pasti…
semua seakan hanyalah ilusi..
ilusi yang tiada memiliki arti
namun akhirnya satu hal kusadarihanya
Tuhan yang sungguh mengerti,
tentang semua arti kehidupan ini..
kekosongan hati ini
tidak lagi diisi dengan benci..
tak ada yang lebih murni
dari kesucian cinta Ilahi
_finka


Thank you for your attention