web stats

CARA MEMBUAT KAD JEMPUTAN (Lakukan sendiri)

Kad jemputan merupakan satu kad untuk menjemput para hadirin khusnya kaum keluarga, sahabat handai sanak saudara dan sebagainya untuk sama-sama menghadiri dalam satu majlis yang telah dirancang dan akan diadakan.  Pelbagai rekaan kad pada masa kini boleh didapati dimana-mana perusahan,  sebagai contoh kad majlis makan doa selamat, doa arwah, lebih-lebih lagi kad jemputan perkahwinan.  Kad jemputan perkahwinan misalnya merupakan utusan pertama yang akan bersama tetamu jemputan.  Ia melambangkan personaliti majlis yang bakal berlangsung.  Utusan raja sehari ini bakal membuatkan sahabat handai dan sanak saudara akan menanti dan tidak sabar-sabar untuk menghadiri majlis itu nanti.  Di sini  ada disediakan bagaimana membuat kad jemputan cara mudah untuk kegunaan sendiri lebih-lebih lagi bagi menjimatkan perbelanjaan anda.  Pertama sekali kita gunakan software Adobe Photoshop CS5 untuk mencorakan kad jemputan tersebut, apabila semuanya selesai kita boleh cetak sendiri dengan menggunakan percetakan berwarna di tempat sendiri.    Antara cara-caranya seperti berikut:

BERKHATAN

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.  Berkhatan termasuk di antara amalan dan pelengkap fitrah yang telah disyariatkan dan dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya. Berkhatan itu wajib ke atas lelaki dan perempuan.  Adapun cara berkhatan yang wajib bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga kelihatan kepala zakar keseluruhannya.  Manakala cara berkhatan yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan.  Yang afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.  

Oleh yang demikian adalah digalakkan kepada Ibu bapa supaya mengkhatankan anak-anak mereka semasa kecil lagi kerana ianya boleh memberi manfaat, antaranya luka berkhatan lebih cepat sembuh dan bentuk zakar akan lebih sempurna.   Adalah sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh dari hari kelahirannya.  Jika tidak dapat berbuat demikian, sunat dikhatankan pada hari keempat puluh dan sunat juga dikhatankan ketika anak itu berumur tujuh tahun.   Dengan melaksanakan berkhatan, ianya merupakan salah satu syi'ar Islam dan sebagai tuntutan syara' yang berasakan kepada sunnah Nabi Ibrahim.


Thank you for your attention

Menteri-Menteri Kabinet 2010-2015

Welcome to My Blog Library

BANDAR SERI BEGAWAN, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan mengenai rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet Negara Brunei Darusssalam dan pelantikan-pelantikan baru. baginda menekankan bahawa pelantikan itu adalah bagi tempoh lima tahun iaitu 2010-2015 dengan bermula pada 29 Mei 2010.


MUDARAT MEROKOK

Merokok adalah satu perbuatan yang boleh memudaratkan kepada diri perokok itu sendiri dan orang lain.  Adapun bahan dari rokok ini berasal dari tembakau.  Tembakau itu rasanya adalah pahit dan berbau busuk.  Sedangkan makanan dari kategori khaba'its (buruk) adalah bermaksud tidak baik, dan rasanya tidak enak menurut segi bahasanya. Jelas di sini bahawa rokok itu termasuk dalam kategori buruk dan buruk itu adalah tergolong dari benda yang haram.  Seperti firman Allah surah Al-A'raaf ayat 157 yang bermaksud; "Dan mengharamkan kepada mereka segalah benda yang buruk". 

Oleh itu, orang yang memilih untuk mengambil rokok adalah orang yang senghaja untuk merosakkan dirinya sendiri.  Sedangkan Agama sentiasa menggalakkan kita agar menjaga kesihatan jasmani dan rohani.  Firman Allah surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud "Dang janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan".

FOREIGN CURRENCY


Do you know other Foreign Currency?

1 US Dollar 
5 Pound (London Currency)

100 New Zealand Dollar 
Australian Dollar

10 Swiss Franc (Switzerland)
10 Canadian Dollar

20 Euro Dollar 
1000 Hongkong Dollar

BRUNEI CURRENCY

Welcome to my Blog Library

The ringgit Brunei (Malay) or the Brunei dollar (English, currency code: BND), has been the currency of the Sultanate of Brunei since 1967. It is normally abbreviated with the dollar sign $, or alternatively B$ to distinguish it from other dollar-dominated currencies, It is divided into 100 sen (Malay) or cents (English). The Brunei dollar is managed together with the Singapore dollar at a 1:1 ratio by Monetary Authority of Singapore (MAS). (Singapore is one of Brunei's major trading partners.)

OUR NATIONAL ANTHEM

welcome to my blog library

Allah Peliharakan Sultan (Jawi: الله فليهاراكن سلطن ) (English: God Bless the Sultan) is the national anthem of Brunei Darussalam. The anthem is sung in Malay, the national language of the country. It was written by Pengiran Haji Mohamed Yusuf bin Pengiran Abdul Rahim (later bestowed with the title Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohamed Yusuf bin Pengiran Abdul Rahim) and composed by Haji Awang Besar bin Sagap in 1940. It was adopted in 1942 as the national anthem of the British protectorate of Brunei. It was adapted as the national anthem of Brunei Darussalam upon independence from the United Kingdom, and was sung as the national anthem of the independent state at the stroke of midnight 1 January 1984.


 Lyrics
Jawi alphabet Malay alphabet/Rumi English translation
يا الله لنجوتكنله اوسيا
كباوه دولي يڠ مها مليا
عاديل بردولت منأوڠي نوسا
مميمڤين رعية ککل بهاڬيا
هيدوڤ سنتوسا نڬارا دان سلطان
الهي سلامتكن بروني دارالسلام
Ya Allah lanjutkanlah Usia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Adil berdaulat menaungi nusa
Memimpin rakyat kekal bahagia
Hidup sentosa Negara dan Sultan
Ilahi selamatkan Brunei Darussalam
Oh God Bless His Majesty,
With A Long Life
Justly And Nobly Rule
The Kingdom
And Lead Our People Happily
Forever Peacefully Be, The
Kingdom and Sultan
Almighty God, save
Brunei, The Abode
of Peace


Thank you for your attention

HARI JUMAAT MINGGU PERTAMA DI TAHUN 2012

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran daripada ALLAH pada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.  Hari Jumaat juga merupakan satu hari yang  istimewa untuk berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.  Oleh itu pada 6hb Januari ini merupakan hari jumaat dalam minggu pertama di tahun 2012.  Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat,  antaranya pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut ( Riwayat Hadis Muslim).  Oleh yang demikian hari Jumaat  tersebut adalah merupakan sebagai hari yang istimewa dan mulia serta penghulu segala hari.


Thank you for your attention

Wang palsu jadi belanja hangus

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan - Kegembiraan pihak keluarga perempuan menerima menantu baru bertukar menjadi satu peristiwa pahit apabila mendapati wang hantaran belanja hangus yang diterimanya adalah kepingan wang kertas cetakan warna sahaja. Wang $500 itu dicetak menggunakan mesin pencetak berwarna dan bahagian yang tercetak diletakkan di hadapan bingkai gambar itu untuk mengaburi mata orang ramai di majlis berkenaan.  Oleh itu berhati-hati dalam Wang hantaran belanja hangus agar tidak tertipu.

Thank you for your attention

FREEDOM


Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us



Thank you for your attention

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2012


Happy New Year 2012 kepada semua pelawat dan pembaca blog ini. Semoga di tahun baru ini akan menjanjikan urusan awda akan dapat berjalan dengan lancar begitu juga dengan saya segala urusan akan dapat dilaksanakan dengan baik. Jika sekiranya perkerjaan lepas belum selesai atau belum dapat dilaksanakan dengan baik, apa yang penting kita usaha dan usaha lagi. Jika belum tercapai tahun lepas tahun ini boleh di laksanakan dan jika tidak capai di tahun ini, kita boleh melaksanakannya di tahun depan. Apa-apa pun kita mesti berusaha agar apa saja yang kita inginkan akan tercapai dan berdoa agar tahun baru akan menjanjikan rezeki yang melimpah ruah, dengan kesihatan yang baik serta dapat menambahkan keimanan.

Dan selamat tinggal bagi tahun 2011 yang meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui. Bagi tahun ini adalah tahun yang mendapat akreditasi daripada pihak institusi tertinggi (UBD) yang menganugrahkan kepada saya segolong ijazah. Apa-apa pun semoga apa yang diperolehi akan mendapat berkat daripada Allah SWT jua.  Akhir kalam semoga di tahun baru 2012 ini akan mendatangkan hasil dan segala urusan akan dapat dilaksanakan dengan lancarnya... Amin....


Thank you for your attention