web stats

MUDARAT MEROKOK

Merokok adalah satu perbuatan yang boleh memudaratkan kepada diri perokok itu sendiri dan orang lain.  Adapun bahan dari rokok ini berasal dari tembakau.  Tembakau itu rasanya adalah pahit dan berbau busuk.  Sedangkan makanan dari kategori khaba'its (buruk) adalah bermaksud tidak baik, dan rasanya tidak enak menurut segi bahasanya. Jelas di sini bahawa rokok itu termasuk dalam kategori buruk dan buruk itu adalah tergolong dari benda yang haram.  Seperti firman Allah surah Al-A'raaf ayat 157 yang bermaksud; "Dan mengharamkan kepada mereka segalah benda yang buruk". 

Oleh itu, orang yang memilih untuk mengambil rokok adalah orang yang senghaja untuk merosakkan dirinya sendiri.  Sedangkan Agama sentiasa menggalakkan kita agar menjaga kesihatan jasmani dan rohani.  Firman Allah surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud "Dang janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan".

Agama juga menyuruh kita agar sentasa berikhtiar sedaya upaya menjauhkan diri dari segala yang merosakkan dan membawa kepada kebinasaan.  Sekarang ramai yang sudah menyedari bahawa rokok labih banyak memberi kesan yang buruk.  Ianya boleh menjejaskan jasmani, rohani, orang lain dan ekonomi.  Berikut adalah fakta yang jelas mengenai kesan buru dari merokok:


KESAN KEPADA

JASMANI (BADAN) - Pakar perubatan telah mengesahakan bahawa bahan rokok terdiri dari bahan kimia yang membahayakan kesihatan.  Di antaranya ialah karbon monoksida yang akan mengurangkan bekalan oksigen ke otak, otot dan semua tisu badan.  Nikotin pula menyebabkan kegagihan dan merosakkan pembuluh darah (arteri) di seluruh badan.  tar pula akan merosakkan lapisan paru-paru dan salauran pernafasan, dan bermacam-macam jenis racun lagi yang merosakkan anggota badan yang lain.  Rokok boleh membunuh secara perlahan.

ROHANI (JIWA) - Merokok memberikan khayal kepada perokok.  Sebab itulah perokok yang dilanda masalah akan segera merokok bagi menghilangkan rasa runsing di fikiran mereka.  Hakikatnya rokok bukannya memberi ketenangan,  akan tetapi hanya rasa khayal seolah-olah terkena ubat bius.  Malahan dlam sekecil-kecil masalah pun sampai mengabil rokok sebagai "Ubat" sakait kepala, padahal perokok tidak sedar ketagih.  Maka kesan rokok banyak persamaannya dengan arak dari segi kesan penggunaannya,  iaitu lebih banyak mudaharatnya dari kebaikannya.

KEWANGAN -  Ketagihan terhadap rokok memerlukan bekalan rokok yang berterusan.  Sedangkan rokok tiada pernah memberi manfaat kepada manusia.  Jelas di sini, bahawa perokok telah melakukan pembaziran yang nyata iaitu membelanjakan wang kepada perkara yang tidak memberi faedah dan tiada kepentingan.  Sedangkan orang yang membazir adalah kawan syaitan,  dan sesungguhnya pembaziran itu akan menambah kesempitan hidup.

ORANG LAIN - Asap rokok yang dihembuskan keluar lebih merbahaya dari yang disedut.  Maka orang yang di sekeliling perokok lebih tinggi menanggung risiko menghidap penyakit merbahaya seperti barah paru-paruh.  Selain memudaharatkan orang lain ianya juga menyebabkan orang sekelilingnya akan terganggu dengan asap rokok.


    Thank you for your attention