PERSEMBAHAN PADANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE 28
Majlis Perhimpunan Agung Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-28 Tahun 2012 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Perhimpunan di hadiri sama oleh para jemputan khas terdiri kerabat Diraja, duta-duta wakilan negeri, angakatan bersenjata Diraja Brunei dan polis diraja Brunei, perwakilan pegawai-pegawai kerajaan dan sewasta, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung, dan orang ramai serta para penuntut sekolah. Acara kemuncak perhimpunan ini di ikuti dengan barisan lalu dari para peserta yang akan membuat persembahan dan ikrar sempena hari kebangsaan ke 28.