Bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah
pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa
cukuplah Allah sebagai penolong. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah,
hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah
“Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah
kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.