web stats

JUALAN BESAR-BESARAN

Perkataan JUALAN itu senonim dengan perkataan JUAL BELI. Adapun maksud jual beli itu dari bahasa: Pertukaran sesuatau dengan sesuatu.  Pada Istilah: merupakan menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu. Oleh itu melakukan jualan itu adalah harus sepertimana  dalam Surah al-Baqarah ayat 275 maksudnya "Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Sehubungan dengan itu, satu jualan besar-besaran  yang akan diadakan pada 19hb. Desember 2011 hingga awal bulan Febuari 2012 yang dikenali sebagai BRUNEI Salebration. BRUNEI Salebration atau Jualan Besar-Besaran tiba di Negara Brunei Darussalam yang akan mengadakan potongan harga antara 30% ke 70%. Di musim jualan murah ini hampir semua kedai dan gedung membeli-belah menjual pelbagai barangan dan keperluan dengan potongan harga yang murah yang pastinya membuatkan sesiapa saja rambang mata. Apapun para pengguna diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan atau boros ketika berbelanja, yang penting dalam kita berbelanja biarlah ianya sederhana dan elakkan sama sekali sifat membazir dan berlebih-lebihan.

Nazmi Shopping Mall
Sebagai pengguna tidak salahnya untuk berbelanja, tetapi biarlah berpadapada. Berbelanja hendaklah sekadar ikut kemampuan. Sebaik-baiknya biarlah berbelanja secara sederhana sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Furqaan ayat 67 yang tafsirnya: "Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana." Ayat ini mengingatkan kita supaya tidak boros dalam berbelanja kerana sifat boros atau berlebih-lebihan adalah bertentangan dengan prinsip kesederhanaan yang menjadi sifat utama hamba Allah yang dituntut dalam Islam.  Islam melarang umatnya hidup membazir dalam semua urusan sama ada urusan berkaitan dengan perbelanjaan harta, pengurusan masa mahupun penggunaan tenaga. Larangan mengenai pembaziran telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Al Israa' ayat 26-27, tafsirnya:  "Dan berikan kepada keluarga - keluargamu yang dekat, orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing. Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."  Ayat ini mengingatkan kita supaya elakkan diri menjadi seorang pembazir kerana sifat pemboros dan pembazir sama sekali tidak disukai Allah sehingga menganggap mereka yang boros dan membazir itu sebagai saudara syaitan. Sebaiknya rancanglah terlebih dahulu barang yang awda ingin beli supaya tidak membazir wang. Oleh itu berbelanjalah dalam perkara yang halal dan sentiasa bersyukur agar setiap perbelanjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan disamping kita bijak menguruskan perbelanjaan seharian yang diperlukan.

Antara Pusat Membeli Belah

Gadong Shopping Mall

 
 Yayasan Shopping Mall


Thank you for your attention

KATA-KATA HIKMAH


Senyum adalah perhiasan dunia dan bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan.  Keceriaan membawa maksud bagi umat manusia.  Senyum merupakan perhiasan batin yang dapat membangkit dan sebagai alat bantu untuk mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.  Perkataan senyum banyak digunakan sebagai ungkapan, ada melambangkan sebagai ungkapan cinta, perhatian, sedekah dan sebagainya.   Oleh itu, dengan bersenyaum akan mendapat ganjaran dan tujuannya untuk memuliakan diri dan mengembirakan hati.


Sebagai Renungan Bersama



Thank you for your attention

GREETING FOR YOU






Thank you for your attention

MUHA'SABAHKAN DIRI DENGAN DOA

Welcome to my  blog library

BISMILLAH HIRAHMAN  NIRAHIM

Doa adalah permohonan kita kepada yang maha Esa.  Kita tidak terlepas daripada meminta permohonan kepadaNya walaupun dimana saja berada.   Oleh itu janganlah kita kurang berdoa kepadaNya.  Berikut adalah contoh-contoh doa yang boleh diamalkan:

Sabar merupakan perasaan menahan diri dari marah terhadap sesuatu yang tidak disukai.  Termasuklah dalam  hal sabar itu dengan tidak terburu-buru, bersifat tenang, tidak putus asa dan tidak lekas marah.   Oleh itu, bagi yang bersabar akan mendapat ganjaran daripada Maha Esa.  



Thank you for your attention

MINUMAN JUS LOBAK ICE CREAM VENILLA

Welcome to my  blog library

Click to play this Smilebox recipe
Lakukan sendiri dalam resipi minuman jus lobak lagi mudah dan ringkas


Thank you for your attention

MINUMAN KOKTAIL ICE CREAM

Welcome to my  blog library

Lakukan sendiri dalam resipi koktel icre cream lagi mudah dan ringkas


Thank you for your attention

MINUMAN JUS LEMON

Welcome to my blog library

Click to play this Smilebox recipe
Lakukan sendiri dalam resipi minium jus lemon lagi mudah dan ringkas



Thank you for your attention

Gerhana Bulan




Gerhana Bulan telah datang.  In menunjukkan kehibatan akan kekuasaan Allah.  Kejadian ini terjadi pada malam Ahad pada 10hb. Desember 2011. Bulan yang beredar dengan had kelajuannya kira-kira 1,800 kilometer sejam telah memasuki zon bayang luar bumi,  ini terjadi kira-kira jam 7:34 malam iaitu selepas masuk waktu isyak.  Dalam beberapa jam bulan mengalami gerhana, kejadian ini mengambil masa sekitar 40 ke 50 minit.  Bentuk gerhana yang berlaku tersebut nampak kelihatan seperti sebiji perbola yang besar berwarnakan kuning tembaga.  Ini terjadi disebabkan kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.


Thank you for your attention

New Islamic Year 1433 hijrah Celebration


Brunei Darussalam marked the New Islamic Year of 1433 Hijrah with the reading of the end of year and beginning of the year Doas at all mosques, suraus and religious halls throughout the country. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di Pertuan of Brunei Darussalam consented to attend the National level Celebration of the New Islamic Year 1433 Hijrah at the Jame 'Asr Hassanil Bolkiah in Kampong Kiarong.



Thank you for your attention

TITAH SULTAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UBD KE 23

TTitah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah  Mu'izzaddin Waddaulah  ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,  Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah di Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Brunei Darussalam  Bagi Tahun 1432 Hijrah/2011 Masihi pada hari Khamis, 1 Zulkaedah 1432 Hijrah bersamaan 29 September 2011 Masihi  di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah Rabbil’alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen,  Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een,   Waba’du.

TITAH SULTAN DAN MAJLIS SEMPENA FIRST UNISSA CONVOCATION.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Haflut Takharruj Pertama 2011, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada hari Khamis, 7 Zulhijjah 1432 / 3  November 2011  bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

TITAH SULTAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA KUPUSB

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji  Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam  Majlis Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada hari Selasa 20  Zulkaedah 1432 Hijrah/19 Oktober 2011 Masihi bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil’alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen,  Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

MAKSUD TERSIRAT PAKAIAN UNISSA

Sempena majlils al-Takharruj pertama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) 2011, UNISSA telah mencipta dan memberi maksud yang tersirat pada pakaian-pakaian yang digunakan pada majlis konvokesyen.  Pakaian konvokesyen ini mempunyai warna dan jalurnya tersendiri sepertimana yang dinyatakan dalam photo dibawah ini:



HAFI AL-TAKHARRUJ PERTAMA UNISSA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah  selaku Canselor Universitsi Islam Sultan Sharif Ali telah di anugrahkan Ijazah Kehormat Doktor syari'ah dan Undang-Undang pada 3hb November 2011 sempena Hafi Al-Takharruj Pertama UNISSA.