web stats

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Brunei

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-32 tahun Negara Brunei Darussalam pada 23Hb. Februari dengan tema ‘Generasi Berwawasan’

Sempena sambutan ini, upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 7 Februari 2016 di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan dan Upacara Menurunkan Bendera Besar pula akan diadakan pada 27 Februari 2016. Sementara itu, Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin serta Membaca Doa Kesyukuran akan diadakan pada 22 Februari 2016 di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Oleh itu, Hari Kemerdekaan merupakan perayaan yang memperingati hari ulang tahun kemerdekaan sesebuah negara. Kebiasaanya selepas bebas daripada penjajahan atau berpisah dari negara lain. Di kebanyakan negara, hari kemerdekaan juga disebut sebagai Hari Kebangsaan.

Berikut merupakan senarai hari kemerdekaan sebahagian negara-negara :

NEGARATARIKHPERISTIWA PENTING
Afghanistan19 OgosKemerdekaan dari kawalan United Kingdom pada 1919.
Brunei1JanuariKemerdekaan dari United Kingdom pada 1984.
Filipina12 JunPengisytiharan Kemerdekaan Filipina dari Sepanyol pada 1898.
Indonesia17 OgosPengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia dari Belanda. Merdeka dari Jepun pada 1945.
Malaya31 OgosPengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dari United Kingdom pada 1957.
 North Borneo31 OgosPengisytiharan Kemerdekaan North Borneo (Sabah) dari United Kingdom pada 1963.
Sarawak22 JulaiPengisytiharan Kemerdekaan Sarawak dari United Kingdom pada 1963.
Singapura9 OgosPemisahan Singapura daripada Malaysia menandakan perpisahan dengan Malaysia pada 1965.

PETIKAN TITAH SULTAN BRUNEI

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik
Petikan Titah
KDYMM Peduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Kenangan Manis Bersama Saya

Kenangan manis bersama Ginny
Kenangan manis bersama Ginny

IFTAR BERSAMA RAKAN-RAKAN

Iftar dengan rakan universiti
Kenangan bersama rakan

Ramadan Mubarak


Muhasabah Diri Baiki Diri


Baik dan buruk seseorang insan itu terpulang pada diri sendiri mengawal dirinya. Sekiranya kita ada ilmu akhirat setinggi dan seluas langit pun kalau akhlak kita sendiri tidak di jaga.  Ilmu, amalan dan akhlak kena seiring. Berusaha menjadi yang terbaik di mataNya. Sentiasa doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan orang lain. Tawakal pada Allah semoga semua baik InsyaAlla. Dan kita juga menjadi lupa dan lalai untuk melaksanakan apa yang sepatutnya untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti. Tanya diri sendiri........ dan renung diri sendiri buat seketika.

Mutiara Kata


Bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.  Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.  

Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.

Selamat Hari Raya 2014

To all Muslims in the world, I would like to take this apportunity to wish all of you Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H / 2014M. (1 Syawal 1435 / 29 Julai 2014)

Malam Lailatul Qadar


Malam lailatul qadar adalah malam seribu bulan yang sungguh istimewa.  Malam ini hanya dapat menyelama sekali dalam setahun yang Allah sediakan untuk umatNya yang menghidupkan malam tersebut.  Ianya hanya berada dalam sepuluh terakhir di bulan Ramadahan iaitu dalam bilangan ganjil hari 21, 23, 25, 27, dan 29. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman berkata "Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak terlalu panas, dan juga tidak terlalu sejuk, pada pagi hari matahari bersinar tidak terlalu cerah dan terlihat kemerah-merahan.  Oleh itu marilah kita mengidupkan malam ini dengan mendirikan solat sunat hajjat, sunat tahajjud, membaca al Quran, dan berzikir.

Hari Keputeran Sultan Brunei 2014

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 


Selamat ulang tahun hari keputeraan ke 68 tahun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Didoakan semoga Kebawah Duli dilanjutkan usia kekal karal memerintah dan negara menjadi amam makmor dan dilimpahkan rezeki yang luas dari hasil perut bumi dibawah naungan Kebawah DuliTuan Patik Amin...........

Happy Islamic New Year 1435H


Selamat tahun baru hijrah 1435 kepada seluruh umat Islam yang meraikannya, ikhlas daripada all-n1ginnyhm.blogspot.com

Seni Keriativiti

Cetusan ilham peribadi dalam seni keriativiti


Kreativiti adalah merupakan satu kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujudkan dan menghasilkan sesuatu dalam bentuk yang diinginkan melalui kemahiran imaginasi.  Ia melibatkan:
  • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea yang unik dan menarik.
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitiak terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
Akhirnya terhasillah satu seni keriativiti yang dapat menghasilkan satu bentuk yang diinginkan melalui imaginasi yang diilhamkan.


"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Selamat Hari Guru 2013

Selamat hari guru diucapkan kepada bekas guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya.  Dan bagi guru-guru dan pensyarah saya yang telah pergi kembali keramatullah saya doakan semoga roh kelian mendapat rahmat dan di tempatkan bersama roh orang-orang yang beriman Amin... Al Fatihah