web stats

Muhasabah Diri Baiki Diri


Baik dan buruk seseorang insan itu terpulang pada diri sendiri mengawal dirinya. Sekiranya kita ada ilmu akhirat setinggi dan seluas langit pun kalau akhlak kita sendiri tidak di jaga.  Ilmu, amalan dan akhlak kena seiring. Berusaha menjadi yang terbaik di mataNya. Sentiasa doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan orang lain. Tawakal pada Allah semoga semua baik InsyaAlla. Dan kita juga menjadi lupa dan lalai untuk melaksanakan apa yang sepatutnya untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti. Tanya diri sendiri........ dan renung diri sendiri buat seketika.

Mutiara Kata


Bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.  Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.  

Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.

Selamat Hari Raya 2014

To all Muslims in the world, I would like to take this apportunity to wish all of you Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H / 2014M. (1 Syawal 1435 / 29 Julai 2014)

Malam Lailatul Qadar


Malam lailatul qadar adalah malam seribu bulan yang sungguh istimewa.  Malam ini hanya dapat menyelama sekali dalam setahun yang Allah sediakan untuk umatNya yang menghidupkan malam tersebut.  Ianya hanya berada dalam sepuluh terakhir di bulan Ramadahan iaitu dalam bilangan ganjil hari 21, 23, 25, 27, dan 29. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman berkata "Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak terlalu panas, dan juga tidak terlalu sejuk, pada pagi hari matahari bersinar tidak terlalu cerah dan terlihat kemerah-merahan.  Oleh itu marilah kita mengidupkan malam ini dengan mendirikan solat sunat hajjat, sunat tahajjud, membaca al Quran, dan berzikir.

Hari Keputeran Sultan Brunei 2014

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 


Selamat ulang tahun hari keputeraan ke 68 tahun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Didoakan semoga Kebawah Duli dilanjutkan usia kekal karal memerintah dan negara menjadi amam makmor dan dilimpahkan rezeki yang luas dari hasil perut bumi dibawah naungan Kebawah DuliTuan Patik Amin...........