I believe in my self and i can do it. This blog contains all in one, it means whatever is loaded into this blog.
Muhasabah Diri Baiki Diri
Baik dan buruk seseorang insan itu terpulang pada diri sendiri mengawal dirinya. Sekiranya kita ada ilmu akhirat setinggi dan seluas langit pun kalau akhlak kita sendiri tidak di jaga. Ilmu, amalan dan akhlak kena seiring. Berusaha menjadi yang terbaik di mataNya. Sentiasa doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan orang lain. Tawakal pada Allah semoga semua baik InsyaAlla. Dan kita juga menjadi lupa dan lalai untuk melaksanakan apa yang sepatutnya untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti. Tanya diri sendiri........ dan renung diri sendiri buat seketika.
Labels:
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah
pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa
cukuplah Allah sebagai penolong. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah,
hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah
“Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah
kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
Labels:
Mutiara Kata
Malam Lailatul Qadar
Malam lailatul qadar adalah malam seribu bulan yang sungguh istimewa. Malam ini hanya dapat menyelama sekali dalam setahun yang Allah sediakan untuk umatNya yang menghidupkan malam tersebut. Ianya hanya berada dalam sepuluh terakhir di bulan Ramadahan iaitu dalam bilangan ganjil hari 21, 23, 25, 27, dan 29. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman berkata "Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak terlalu panas, dan juga tidak terlalu sejuk, pada pagi hari matahari bersinar tidak terlalu cerah dan terlihat kemerah-merahan. Oleh itu marilah kita mengidupkan malam ini dengan mendirikan solat sunat hajjat, sunat tahajjud, membaca al Quran, dan berzikir.
Labels:
Sudut An-Nur
Hari Keputeran Sultan Brunei 2014
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selamat ulang tahun hari keputeraan ke 68 tahun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Didoakan semoga Kebawah Duli dilanjutkan usia kekal karal memerintah dan negara menjadi amam makmor dan dilimpahkan rezeki yang luas dari hasil perut bumi dibawah naungan Kebawah DuliTuan Patik Amin...........
Labels:
Greeting Card
Seni Keriativiti
Cetusan ilham peribadi dalam seni keriativiti
Kreativiti adalah merupakan satu kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujudkan dan menghasilkan sesuatu dalam bentuk yang diinginkan melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:
- Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea yang unik dan menarik.
- Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitiak terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
- Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
Labels:
Keriativiti
Selamat Hari Guru 2013
Selamat hari guru diucapkan kepada bekas guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Dan bagi guru-guru dan pensyarah saya yang telah pergi kembali keramatullah saya doakan semoga roh kelian mendapat rahmat dan di tempatkan bersama roh orang-orang yang beriman Amin... Al Fatihah
Labels:
Greeting Card
Sekilas Pandang
Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh
karananya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika
niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk (Imam An Nawawi). Oleh itu, apabila melakukan sesuatu perkara atau perbuatan dan perkerjaan makanya perlulah adanya sifat ikhlas dalam diri. jika ikhlas maka perbuatan itu akan mendapat berkat. Rasulullah SAW. bersabda,“
Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas
dan mengharap ridha-Nya.” Imam Syafi’i pernah memberi nasihat
kepada seorang temannya,“ Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan
sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka),
maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan
niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”
Hai
orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai
penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(QS.2:153) - See more at:
http://www.gen22.net/2012/07/kata-mutiara-islam.html#sthash.Y3BjktNo.dpuf
Hai
orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai
penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(QS.2:153) - See more at:
http://www.gen22.net/2012/07/kata-mutiara-islam.html#sthash.Y3BjktNo.dpuf
Labels:
Sudut photo
Subscribe to:
Posts (Atom)


















