JUALAN BESAR-BESARAN

Perkataan JUALAN itu senonim dengan perkataan JUAL BELI. Adapun maksud jual beli itu dari bahasa: Pertukaran sesuatau dengan sesuatu.  Pada Istilah: merupakan menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu. Oleh itu melakukan jualan itu adalah harus sepertimana  dalam Surah al-Baqarah ayat 275 maksudnya "Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Sehubungan dengan itu, satu jualan besar-besaran  yang akan diadakan pada 19hb. Desember 2011 hingga awal bulan Febuari 2012 yang dikenali sebagai BRUNEI Salebration. BRUNEI Salebration atau Jualan Besar-Besaran tiba di Negara Brunei Darussalam yang akan mengadakan potongan harga antara 30% ke 70%. Di musim jualan murah ini hampir semua kedai dan gedung membeli-belah menjual pelbagai barangan dan keperluan dengan potongan harga yang murah yang pastinya membuatkan sesiapa saja rambang mata. Apapun para pengguna diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan atau boros ketika berbelanja, yang penting dalam kita berbelanja biarlah ianya sederhana dan elakkan sama sekali sifat membazir dan berlebih-lebihan.

Nazmi Shopping Mall
Sebagai pengguna tidak salahnya untuk berbelanja, tetapi biarlah berpadapada. Berbelanja hendaklah sekadar ikut kemampuan. Sebaik-baiknya biarlah berbelanja secara sederhana sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Furqaan ayat 67 yang tafsirnya: "Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana." Ayat ini mengingatkan kita supaya tidak boros dalam berbelanja kerana sifat boros atau berlebih-lebihan adalah bertentangan dengan prinsip kesederhanaan yang menjadi sifat utama hamba Allah yang dituntut dalam Islam.  Islam melarang umatnya hidup membazir dalam semua urusan sama ada urusan berkaitan dengan perbelanjaan harta, pengurusan masa mahupun penggunaan tenaga. Larangan mengenai pembaziran telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Al Israa' ayat 26-27, tafsirnya:  "Dan berikan kepada keluarga - keluargamu yang dekat, orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing. Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."  Ayat ini mengingatkan kita supaya elakkan diri menjadi seorang pembazir kerana sifat pemboros dan pembazir sama sekali tidak disukai Allah sehingga menganggap mereka yang boros dan membazir itu sebagai saudara syaitan. Sebaiknya rancanglah terlebih dahulu barang yang awda ingin beli supaya tidak membazir wang. Oleh itu berbelanjalah dalam perkara yang halal dan sentiasa bersyukur agar setiap perbelanjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan disamping kita bijak menguruskan perbelanjaan seharian yang diperlukan.

Antara Pusat Membeli Belah

Gadong Shopping Mall

video 
 Yayasan Shopping Mall


Thank you for your attention