PENGERTIAN LOGO HARI KEBANGSAAN BRUNEI KE 28


LogoLogo keseluruhan ialah bentuk kupu-kupu yang di olah oleh angka 28 yang membawa maksud 28 tahun kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

Kupu-kupuKupu-Kupu pula melambangkan alam flora dan fauna yang perlu dikawal dan dipelihara daripada sebarang pencemaran dan kemusnahan agar kita hidup aman, sihat dan sempurna.

Warna HijauWarna Hijau yang bercampur putih dan coklat melambangkan keadaan alam dan isi kandungannya termasuk pokok-pokok dan hidupan liar bebas menghirup udara bersih yang tidak tercemar.

Empat BulatanEmpat Bulatan sayap kupu-kupu bermaksud empatt daerah yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Huruf JawiHuruf Jawi melambangkan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara dan Mendokong usaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

Panji-PanjiPanji-panji sebagai lambang bernegara yang berdaulat dan warna kuning membawa maksud sistem pemerintahan Beraja yang disembah dan sebagai ketua agama yang perlu diikuti.

Warna BiruWarna Biru membawa maksud laut sebagai sumber makanan dan mata pencarian yang perlu dijaga, dikawal dan dipelihara dari sebarang kerosakan dan pencemaran.