Towards Achieving the National Vision 2035

Sir Muda Omar Ali Saifuddien in the capital. In a Titah yesterday evening, in conjunction with the occasion, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam noted how Brunei Darussalam has been able to uphold its peace and prosperity over the past 28 years. His Majesty hopes the status quo would be maintained to be enjoyed from generation to generation. Outlining various other issues, His Majesty underscored the need for the rakyat to strengthen their identity as Bruneians, and to be more active and coherent in achieving the National Vision 2035. His Majesty urged the civil service to adopt new methods in tackling national requirements. His Majesty also expressed concern over road safety and called on relevant authorities to find ways to overcome them. His Majesty pointed out that the national direction in mapping out development is of a global nature and not by merely looking at the ups and downs of domestic situations, but to learn lessons from events of the borderless world.


Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-28 pada 23hb Februari 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.  Kita bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan izin-Nya jua, kita dapat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara yang ke-28, di dalam suasana sejahtera.  Sepanjang 28 tahun kita merdeka, Negara alhamdulillah, telah berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmurannya. Semogalah ia akan berterusan untuk dinikmati oleh generasi demi generasi.  Orientasi kita dalam melakar pembangunan adalah bercorak global. Kerana kita tidak hanya melihat kepada liku-liku kehidupan dalaman, bahkan perlu turut mengambil iktibar dari peristiwa dan kejadian di dunia tanpa sempadan.  Namun dalam segala hal, kita tetap perlu mengukuhkan jati diri kita selaku rakyat Brunei yang ta’at berugama, yang berawar galat, berperawis dan ber’adat.  Janganlah cepat-cepat mengikut arus, tetapi perlu berhemah dan patriotik didalam mempertahan dan mengamalkan warisan berharga, seperti akhlak yang baik, bahasa bangsa dan sebagainya. Kerana semua eleman-eleman ini adalah “penanda” bagi kewujudan kita.

Tidak lama lagi kita akan memasuki tahun kewangan 2012/2013 dan memulakan Rancangan Kemajuan Negara Ke-10.  Kita menyedari, bahawa prestasi perlaksanaan program-program kemajuan kita tidak terlepas dari menghadapi pelbagai cabaran, khususnya cabaran kapasiti yang terhad. Namun ini bukanlah alasan untuk kita menjadi lemah.  Perjalanan kita menuju sasaran Wawasan 2035 memerlukan kita lebih tangkas dan tegas. Mana-mana sasaran yang tercicir dan lambat adalah perlu dipercepatkan dan yang tersasar perlu pula dikembalikan ke atas landasannya semula.  Dalam apa jua tindak-tanduk kita, perancangan yang payu adalah keperluan asasi, sementara pencapaian sasaran pula perlu disukat secara objektif.  Sebagai jentera pentadbiran kerajaan, Perkhidmatan Awam adalah memainkan peranan utama untuk terus menjana gagasan baru, meningkatkan kapasiti dan mempertemukan kaedah-kaedah bukan-konvensional untuk menangani keperluan negara yang kian kompleks dan mencabar di abad ke-21 ini.

Namun walau begitu, bukanlah bermakna setiap yang baru itu tidak ada cacatnya , kadang-kadang ia hanya unggul pada teori sahaja, bukan pada amalinya.  Produktiviti dan efisiensi memanglah kita utamakan, tetapi bukanlah mesti dengan membebankan perkara-perkara yang sepatutnya tidak perlu dibuat.  Kaedah-kaedah baru boleh sahaja dicuba, tetapi bukan mesti yang bersifat teruk lagi membebankan. Pada Beta, kaedah-kaedah lebih mesra adalah lebih utama dan berpatutan.  Seyugia juga diingat, warga Perkhidmatan Awam ini terdiri dari pelbagai peringkat, pelbagai bidang dan pelbagai kelulusan. Apakah ini tidak mewajarkan mereka dengan kaedah-kaedah yang berbeza?  Menyentuh kepentingan lebih umum, diakhir-akhir ini, satu perkara yang sangat merisaukan orang ramai ialah mengenai keselamatan di jalan raya. Perangkaan kematian akibat kemalangan sangatlah membimbangkan.  Lebih membimbangkan lagi, sebahagian besar dari kemalangan itu melibatkan anak-anak muda, dengan penyebabnya adalah berbentuk kecuaian, sikap tidak berhemah, memandu dengan kelajuan melebehi had laju dan tidak mematuhi undang-undang.

Kalau ini benar menjadi penyebabnya, apakah tidak perlu bagi kita untuk mencari cara-cara mencegahnya? Pada hemat Beta, sangatlah perlu.  Salah satu cara “pencegahan” itu ialah melalui undang-undang. Undang-undang sudahpun ada, baik yang berkaitan dengan tali keledar atau penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Tetapi adakah ia telah dikuatkuasakan sepenuhnya? Jika belum, bererti kita belum lagi menjalankan pencegahan itu.  Jadi apa yang perlu disini, tidak lain ialah, semua pihak hendaklah tampil, terutama anggota polis, mereka dikehendaki untuk mempertingkatkan lagi kewaspadaan dan keberadaan mereka didalam pelaksanaan undang-undang berkaitan.  Turut menjadi aspek penting pencegahan ialah mempastikan keadaan jalan-jalan raya utama, supaya benar-benar memenuhi keperluan piawaian keselamatan bertaraf tinggi.  Kesemua langkah-langkah pencegahan ini hanya akan mendatangkan hasil yang berkesan apabila ia benar-benar dibudayakan, melalui promosi dan pengkuatkuasaan yang konsisten.

Di samping kemajuan kita dalam negara, hubungan diplomatik kita dengan negara-negara sahabat juga tetap akan dipupuk dan dipelihara. Ianya adalah teras kemantapan politik, ekonomi dan keselamatan. Ia akan menjadi amalan berterusan, berasaskan prinsip berbaik-baik dan hormat menghormati kedaulatan masing-masing.  Akhir sekali, Beta sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan petugas serta ahli-ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa yang sama-sama berusaha dalam menjayakan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-28 Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Beta juga dengan ikhlas merakamkan ucapan yang sama kepada semua lapisan rakyat, penduduk dan pemimpin yang terlibat, termasuk semua peringkat ahli Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, kerana sumbangan mereka terhadap keamanan dan pembangunan negara.  Sebagai merista balik sukut baik lagi indah serta penuh berkat kita menanai kemerdekaan Negara, maka Beta sudahi perutusan ini dengan lafaz keramat: “Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.