web stats

MASA ADALAH ANUGERAH TUHAN

Masa adalah merupakan saat yang berharga.  Pepatah mengatakan masa itu emas.  Bahkan ianya sangant berharga dari emas,  oleh itu emas dapat dijual beli manakala emas yang hilang boleh ditukar ganti.  Walau bagaimanapun, masa yang telah berlalu tidak akan dapat berulang dan kembali lagi.  Masa dapat dibahagikan kepada tiga zaman.  Zaman yang sudah berlalu, zaman sekarang dan zaman akan datang.   Zaman yang sudah berlalu tidak akan dapat kembali dan ianya bukanlah menjadi milik kita.  Zaman akan datang pula merupakan masa yang belum lagi ada kepastian sama ada kita berpeluang menikmatinya atau sebaliknya.  

Masa yang ada sekarang ini yang kita milik ini perlu digunakan dengan sebaik-sebaiknya.  Peggunaan masa hari ini, akan menentukan corak masa depan kita.   Oleh itu, Allah telah berfirman dengan masa  yang berterjemahan: "Demi masa,  sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan mereka yang berimana dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (As-Asyr).

Ayat di atas Allah telah bersumpah dengan masa.  Lantaran masa itu terlalu penting khususnya di dalam membuat persediaan untuk menempuhi alam akhirat.  Di dalam hal ehwal kedunaan juga penggunaan masa yang cekap akan mendatangkan hasil yang menguntungkan pada mereka yang bijak menggunakan masa.   Jadi penyalahgunaan masa bukan saja merugikan seseorang di dunia bahkan turut juga mendatangkan empak di akhirat.  Diakhirat apabila semua manusia dihadapkan dimahkamah Allah,  tiada seorangpun akan dibenarkan bergerak selagi tidak dikemukan kepadanya ilmu persoalan berikut:
  • Usiamu di mana di perhabiskan?
  • Masa mudamu, di mana mempergunakannya?
  • Hartamu, dari sumber mana diperolehi?
  • Hartamu di manakah dibelanjakan?
  • Dengan ilmu yang ada, adakah diamalkan?
Oleh itu, di dalam kehidupan harian, Rasulullah s.a.w menggunakan masanya dengan melakukan tiga perkara yang berikut iaitu:
  • Tidur dan beristerihat untuk menyegarkan anggota tubuh badan.
  • Menggerakkan anggota badan untuk tujuan riadah.
  • Mendapatkan pahala yang banyak
semua anggota badan memerlukan rehat.  Walaubagaimanapun, Rasulullah s.a.w. tidak pernah tidur berlebihan.  Baginda tidur secukupnya dan melakukannya dengan cara yang sempurna. Jika tidur malam, baginda akan berbaring di atas rusuk kanannnya sambil berzikir, menyebut anam Allah dengan sebanyak-banyaknya sehingga tertidur.   Disamping itu Rasulullah s.a.w. akan bangun apabila mendenganr kokokan ayam lalu mengucapkan tahmid, takbir dan tahlil, menggosok gigi dan berwidhuk.  Kemudian baginda akan mengadap ke kibalt untuk mendirikan solat, bermunjat dan memuji Tuhannya.  Cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ini sekaligus merupakan menggerakkan anggota badan untuk tujuan riadah.

Secara tidak langsung riadah memelihara keaktifan anggota-anggota badan, menambahkan fikiran dan kepintaran, mempengaruhi alat-alat pernafasan, penghadaman serta pembuangan kotoran.  Kesemuanya sangat bermanfaat untuk kesihatan.   Jadi Solat adalah merupakan riadah jasmani untuk memelihara kesihatan.  Solat merangkumi gerakan-gerakan yang baik dan sempurna untuk seluruh otot-otot dan urat-urat saraf.  Apa yang lebih memanfaatkan kepada kita ialah, dengan cara melakukan solat dapat memeberi faedah yang besar dalam pemeliharaan iman semata-mata untuk kebahagiaan hidup didunia dan akhirat sesuai dengan hak kewajipan yang ditutut oleh Allah supaya melakukannya.