web stats

Perbuatan Qaza'


Amalan bercukur itu adalah sunat, akan tetapi terdapat bentuk-bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah iaitu Qaza`.  Qaza` ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain.  Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tapi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mendukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.   Semua ini di sebutkan sebagai qaza`.

Larangan melkukan qaz` telah pun dinyatakan dengan jelas di dalam hadith daripada `Abdullah bin `Umar Radhiallahu `anhum katanya yang maksudnay: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza` (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)" - Hadith riwayata al-Bukhari dan Muslim.

Dalam hadith yang lain daripada ~Abdullah bin `Umar Radhiallahu `anhuma yang maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu `alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yangn lain,  lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)" - Hadith riwayat Abu Daud.

Sementara mencukur keseluruhan rambut tidak disunakan kecuali bagi orang-orang yang mengerjakan haji atau umrah atau orang yang baru masuk Islam atau anak yang dilahirkan.  Manakala perempuan makruh mencukur rambut kecuali ketika dalam keadaan darurat.  (Bujairimi `ala al-khatib:4/437-438)