Hari Kebangsaan Brunei Ke 29 2013

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang berkonsepkan kemelayuan dan mempunyai seorang pemerintah (Sultan) serta berfalsafah Melayu Islam Beraja serta berwawasan menjadikan tahun 2035 sebagai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya disamping mempunyi taraf kehidupan rakyaat yang berkualiti tinggi.


Kuning, putih, hitam dan kuning adalah bendera Negara Brunei Darussalam yang megah berkebar dan ditengah-tengahnya terletak panji-panji berwarna merah yang berselogakan "Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah"

Tarikh 1hb. Januari 1984M bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1404H merupakan hari bersejarah bagi Negara Brunei yang sentiasa dalam ingatan oleh seluruh rakayat Brunei, dimana pada tarikh tersebut mulalah Negara Brunei mengambil alih tanggungjawab sebagai negara yang merdeka penuh lagi berdaulat.

Dengan bergemanya laungan Allahuakbar, merdekalah Negaraku Brunei Darussalam.  Bagi memperingati hari tersebut maka Negara mengadakan sambutan hari kebangsaan pada setiap tahun 23hb. Februari.  Berketepan dengan Tarikh 23hb. Februari 2013, maka Negara Brunei akan meraikan majlis sambutan tersebut yang ke 29 dengan disemerakkan lagi bacaan doa kesyukuran bagi memohon keberkatan agar Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam keberakatan dan perlindungan Allah.

Akhir kalam, selaku rakyat dibawah naungan raja yang dikasih mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan Negaraku Brunei Darussalam yang ke 29 dengan iringi doa semoga Negara akan sentiasa aman dan mendapat keberkatan Amin.....