web stats

Ikrar Hari Kebangsaan Brunei 2013


Dengan bersyukur di atas limpah dan kurnia Allah Subhanahu Wa Taala
yang mentakdirkan kami bernegara merdeka penuh berdaulat,
iaitu Negara Brunei Darussalam maka kami berikrar akan:


Bersatu padu dan menumpukan taat setia di bawah pimpinan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;

Mempertahankan dan menjunjungnya dengan setia sebagai
Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan
Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Agama Islam
menurut Ahli Sunah Waljamaah sebagai cara hidup yang lengkap;

Berbakti dan rela berkorban pada mempertahankan maruah dan
kedaulatannya serta memelihara keamanan dan keselamatannya;

Mendukung nilai-nilai akhlak yang sempurna, serta taat
dan menjunjung keluhuran undang-undangnya;

Bekerja dengan gigih, jujur lagi amanah
pada meningkatkan kemajuan dan kemakmurannya
yang diredai oleh Allah.

 
LAGU PATRIOTIK HARI KEBANGSAAN BRUNEI