I believe in my self and i can do it. This blog contains all in one, it means whatever is loaded into this blog.
Baju Tradisional Alam Melayu
Baju tradisional alam melayu boleh dikenali dalam dua bahagian iaitu baju cara melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Baju Cara Melayu melambangkan nilai luhur kebangsaan sesebuah negara dan seseorang di alam melayu dan adat pemakaiannya
bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan akhlak seseorang dan melambangkan pakaian kebangsaan sesebuah negara. Baju Cara Melayu lelaki dilengkapi dengan mengenakan sepasang kain samping atau sinjang yang diperbuat daripada songket serta songkok dipakaikan di atas kepala sebagai topi bagi lelaki dan tudung bagi kaum wanita yang merupakan sebagai pakaian tradisional
melambangkan identiti Islam.
Baju kurung adalah salah satu pakaian adat masyarakat Melayu di Brunei Darussalam,
Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand selatan. Ciri khas baju kurung
adalah longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran melayu
oleh kaum perempuan samada ketika berkerja mahupun dalam adat keresmian yang tertentu.
Sekarang baju tradisional alam melayu boleh didapati dengan corak yang modern dan dipelbagaikan lagi dengan rekabentuk yang bersesuaian mengikut keadaan semasa dengan nilai harga yang berpatutan mengikut kemampuan.
Sekarang baju tradisional alam melayu boleh didapati dengan corak yang modern dan dipelbagaikan lagi dengan rekabentuk yang bersesuaian mengikut keadaan semasa dengan nilai harga yang berpatutan mengikut kemampuan.
Labels:
Pengetahuan
Celebrate Brunei's First National Family Day 2012
Menyedari akan pentingnya peranan institusi keluarga dalam menjamin
kesejahteraan dan keharmonian Negara Brunei Darussalam maka Negeri
akan menganjurkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2012 secara
serentak di seluruh negera pada 6 Mei 2012.
Antara objektif Sambutan Hari Keluarga adalah untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti dan memupukkan kefahaman kepada masyarakat betapa pentingnya institusi keluarga dalam pembangunan masyarakat di negara ini.
Antara objektif Sambutan Hari Keluarga adalah untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti dan memupukkan kefahaman kepada masyarakat betapa pentingnya institusi keluarga dalam pembangunan masyarakat di negara ini.
Labels:
Negara Ku
MEMAKAI MINYAK WANGI DAN HUKUMNYA
Minyak wangi adalah campuran bahan-bahan hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati. Baunya mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yang berterusan. Oleh itu kita digalakkan memaki minyak wangi bagi mengelakan bebarapa sebab tertentu atau beberapa faktor seperti mengelakan bau yang tidak menyenangkan, untuk menyegarkan badan dan sebagainya dengan tujuan tertentu.
Labels:
Sudut An-Nur
Beraneka Bentuk Poster
Poster UVC | Poster Amalkan sikap membaca |
Poster Zakat Fitrah dan Harta | Poster Ijarah |
Poster Islam Di China | Poster Kaunseling |
Berikut adalah beberapa bentuk dan tema poster-poster yang pernah disumbangkan. Poster-poster di atas adalah atas dasar rekabentuk persendirian. Ianya adalah diolah dengan menggunakan alatbantu photoshop yang sediada.
Labels:
Keriativiti
Adab terhadap Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibu adalah merupakan dua insan yang melahirkan kita didunia, tanpa mereka siapalah kita. Sebelum kita ada di bumi kita dikandung oleh ibu selama 9 bulan. Betapa beratnya rasa tanggungan ibu terhadap kandungan yang bakal dilahirkan. Tanggungan ini mungkin tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Oleh itu, Allah menjadikan hak bagi kedua orang tua untuk diberikan bakti, kelembutan, penjagaan dan kasih sayang ini kerana hak orang tua mengandungi kemuliaan dan pengagungan. Bahkan di dalam kitabNya ada termaktub mendorong untuk berbakti kepada orang tua, serta menjanjikan banyak kebaikan bagi seorang yang berbakti dan mengancam dengan balasan yang akan menimpa orang yang mendurhaka terhadap ayah dan ibu mereka. Antaranya dalam An-Nisa:36 bermaksud "Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kalian lmenyekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua". Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu mentaati orang tua kita.
Labels:
Sudut An-Nur
PERSEMBAHAN PADANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE 28
Majlis Perhimpunan Agung Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-28 Tahun 2012 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Perhimpunan di hadiri sama oleh para jemputan khas terdiri kerabat Diraja, duta-duta wakilan negeri, angakatan bersenjata Diraja Brunei dan polis diraja Brunei, perwakilan pegawai-pegawai kerajaan dan sewasta, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung, dan orang ramai serta para penuntut sekolah. Acara kemuncak perhimpunan ini di ikuti dengan barisan lalu dari para peserta yang akan membuat persembahan dan ikrar sempena hari kebangsaan ke 28.
Labels:
Negara Ku
Subscribe to:
Posts (Atom)























